26 October 2012

Donut oh Donut!

Vavavaaaa! 

Hari ni cuti. Kepala ligat pikir nak buat apa maka berbloghopping la kita. Youtube sikit, baca tutorial sikit, berkhayal sikit.  

Hakak lama dah minat nak try buat skirt ni tapi ye lah kan, memandangkan belajar menjahit pun baru sebulan lebih, perasaan tak confident masih ada. Anyway, bila sekali lagi hakak gi sini, hari ni rasa mampu dah kot nak buat si donut ni. Langkah pertama, hakak cari newspaper lama. Tu je yg ada nak buat pattern. Zap zap zap kita pun start potong kain. Wah.. rupa tayar ada, rupa donut pun ada. Comel!

 Skirt ni hakak jahit utk anak bongsu. Suka sebab instructionnya senang sgt nak ikut.  



Tadaaaa!! Tengok ni! Dah siap! Hakak tak de elastic besar yg macam makcik sewmama tu. Jadi kenalah  cover dgn kain mcm buat pinggang getah biasa. Pastu bila tengok kain terburai-burai dan tak cukup lebar utk guna serger, hakak membijak dan ambik kain lebih, potong dan iron ala-ala rupa bias. Tu dia ada gambar skirt terbalik. Tayang 'isi dalam' sekali!

Jadi, inilah hasilnya!. Nak kata suka hati, memang suka terover-over. First skirt ever utk anak :-). Suka jugak pasal walaupun tak sempurna tapi dimata hakak yg menjahit sambil terketar-ketar, mutu jahitan tak lah teruk sangat (perasan!) Pasni dah selalu menjahit, harapnya akan bertambah baik.

Hasil buat skirt ni hakak belajar:

- jahit pinggang getah
- buat dan attach bias 
- kemaskan top stitching 
- jahit round hem kena fokus betul-betul 

Anyway, itu dia hasil membanting tulang 4 kerat hari ni. Nanti esok-esok kita try design lain pulak. 

Ya Rabbi, ringankanlah anggota badan kami untuk melakukan ketaatan kepadaMu dan kurniakanlah kepada kami ketaqwaan kepadaMu baik ketika dikhalayak atau berseorangan.



22 October 2012

Shopping Mesin Jahit II

Assalamu^alaykum *sengih*

Setelah banyak malam tidur bangun tidur bangun, pikir pikir dan pikir lagi, maka selesai lah sessi hakak bershopping mesin jahit baru  dan dengan sengaja telah tershopping jugak serger sebijik. Lari bajet wooo! 

Hakak puas hati walaupun mesin baru (Brother) tak canggih mana dan bukan Bernina seperti yg disarankan oleh cikgu Jay. Alhamdulillah. Yang penting, hakak sedar, kalau takat reti menjahit luruuuuus je, tak payah la dulu berkhayal bagai nak bukak kedai dan meniaga kat Etsy! So ini lah dia sang mesin-mesin baru..
Tadaaaaa.. berselirat dan padat sendat meja. Nasib la. Asalkan boleh menjahit. 

Masa first lesson hari tu, sempat lah menjahit lurus, jahit lenggang lenggok dan biasakan diri menekan foot control, main-main dgn tension dan length jahitan yang macam-macam.  First time lah katakan. Pucat lesi rasa lol! 

Bila dah dapat barang baru ni, hakak buat benda sama. Hari-hari lepas balik kerja, bermesra alam dgn mesin ni. Serger pulak, Janome offer free lessons kat kedai dia. Jadi hakak cari masa dan pegi belajar selok belok cara nak guna dan jaga dia. Makcik yg ajar kat kedai Janome tu pesan: 

* belilah sebatang paint brush (beli? dah kidnap anak punya siap2!) untuk buang serdak-serdak kain lepas guna serger. Kalau jaga dari awal, tak de lah benda ni tu nak jem selalu. 
* Lepas penggunaan pukul rata dlm 10 jam, jarum serger elok lah ditukar utk pastikan jahitan yg tip top 
* Sama dgn oiling. Guna sewing machine oil saja (makcik..takkan saya nak guna minyak mazola kot!!)
* Bermesra la dgn manual serger anda! 
* Jarum serger kena dgn fabrik yg sesuai tak leh main taram je. 
* Masa nak guna serger, seeloknya jarum/ pin yang berderet kat basi kain kena bukak. Kalau 'mata pisau' serger tertikam-tikam pin ni, cepatlah rosaknya. Nak mengganti satu hal pulak.  

Tu jelah yg basic Makcik Janome bagitau. Lain-lain dia ajar cara guna dpt jahitan yang berbagai-bagai dan cara nak boh benang ikut turutan (tobat naik pening kepala. Masa depan dia pay attention habis. Sampai je rumah terus lupa semua benda! Standard.. goldfish memory).

Nota kepala lutut: Hari ni blogwalking sana sini. Seronok ah tengok hasil kerja dressmakers satu dunia. 

Jom doa: Ya Rabbi, janganlah Engkau jadikan kami antara orang-orang yang merajakan dunia dan meringankan akhirat. Ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah amalan-amalan kebaikan kami. Amin.

19 October 2012

Shopping Mesin Jahit

Vavavaaaa..  nak menjahit kena la ada mesin jahit beb! Nak jahit tangan pun boleh lagi tapi larat ke?Sebenarnya hakak ada sebijik mesin. Siap bagi nama Kuntum :-). Beli zaman semangat nak belajar tapi semangat je lah yang berasap membaranya. Hari-hari tatap mesin tu tapi tak jugak reti nak gi cari cikgu ke, masuk kelas ke, pura-pura menjahit sarung bantal ke. Memang tak de langsung. Masa tu tahun 2005. 

Hakak rajin berpindah randah. Mana pindah, Kuntum ni pun tekun  berpindah sama-sama. Makin lama lepas satu, satu barang yg hakak dapat masa beli dia ni hilang entah ke mana. Kuntum ni tetap jugak tak digunakan. 

Sampai lah ke tahun 2012. Oh..ni dia Kuntum..



Bila dah gi kelas, balik rumah je hakak bawak turun Kuntum dari tempat pertapaan (berabuk fuh!).  Kasi lap dulu pastu sakan hakak cari foot control dia tapi tak jumpa. Frust menonggeng. Manual lagi lah dah buat bungkus nasik lemak dah gamaknya dolu2. 

Anyway, Kuntum ni dari jenama Singer. Dia mesin yang basic je, betul-betul sesuai utk beginners. Beli pun tak mahal mana masa tu. Setelah difikir-fikir, ada kemungkinan dia ni pun perlu diservis dulu. Sesambil tu, sempat lah hakak cari foot control (ebay! here I come!!)  baru utk Kuntum ni. Ini pun panduan jugak untuk sapa-sapa yang dapat mesin jahit turun temurun atau beli yg second hand. Sebaik-baiknya kasi servis lah dulu sebelum anda mula melenjan mesin baru yang tak berapa baru anda tu. 

Sambung kisah mesin hakak.. bila gi kelas, cikgu bagitau ada kawan dia yg boleh serviskan Kuntum. Lega hakak. Bila boleh siap, cikgu? Seminggu? Dua minggu? Aiseymaaaan.. lamanya!

Setelah ditimbang tara, hakak ambik keputusan, nanti Kuntum dah ok, nak bagi dia kat Ai lah. At least dia ada mesin sendiri. Jadi hakak kena lah cari mesin baru! First and foremost kena lah letak dulu apa features yang kita mahu kalau nak beli mesin jahit. Memandangkan dah ada satu mesin yg asas, elok jugak lah cari yang baru yg ada extra features. Langkah seterusnya, baca reviews kat internet. Zaman internet ni, elok kalau kita baca reviews sebelum beli apa-apa (termasuk book holiday ke, hotel ke..). 2 hari study reviews ni lol.. last-last rasanya tahu apa features yg hakak nak kali ni:

* harga < daripada $300.00 (berazam utk tak lari bajet!)
* automatic 1 step buttonhole (Kuntum ada 4 step buttonhole. Seram.)
* drop in/ quick set bobbin (tengok beza kat sini)
* > daripada 15 stitches (Kuntum ada 10 stitches. Ok la tu tambah sikit lagi)
* snap on presser foot (nak tahu apa bendanya ni tengok post ni)

Next, kita merayau kat kedai untuk 'test drive'. Kadang-kadang kat kedai dorang letak selambak fabrik jadi kita boleh tengok sendiri beza jahitan atas fabrik yg bagai-bagai jenis ni. Pastu boleh dengar sendiri mesin tu jenis riuh ke jenis senyap.

These days, offer yg best-best memang banyak kat internet. Sapa-sapa yg tak kesah shopping kot ni, apa-apahal, pastikan dulu mesin ni datang dgn good warranty. Hakak pun terlintas jugak nak beli kot internet tapi fikir balik, hakak decided nak beli kat kedai jadi kalau ada masalah apa-apa, senang nak rujuk & hantar baiki. Malangnya..bila dah gi kedai, banyak la pulak pilihannya termasuk lah serger @ mesin zig zag yang bagai memanggil-manggil nama hakak.

Satu lagi tip yang berguna, sebaik-baiknya kalau beli your first sewing machine, nanti nak upgrade beli lah dari brand yang sama. Bukan apa, pasal nanti kita menjahit ni mesti akan tambah-tambah accesories/ hem footer (tapak) jadi kalau upgrade brand sama, takde lah kita membazir duit kena beli yg lain pulak. Lain kesahnya dgn hakak ni, mesin lama tak de apa langsung jadi kira tu sekadar utk Ai buat straight stitching/ zig zag asas je lah. Nanti kalu dia nak pasang zip ke butang ke, dia kena la menempel guna mesin jahit baru mak dia ;-)

Balik rumah..kita tidur dulu lah pastu esok-esok kita fikir lagi.

Ya Tuhan kami, lapangkanlah hati kami untuk sentiasa berkongsi ilmu. Semoga manfaatnya dapat kami rasai diakhirat nanti. Amin.


Till then!

18 October 2012

Extra purchase!

*Sengih*

Eheheh..biasalah, bila dah masuk craft shop, keluar tak pernah tangan kosong punya! Ada 3 benda extra yg hakak ada yg rasanya sgt membantu dan berguna bila menjahit. Tak tau lah pendapat orang lain macammana tapi untuk hakak sendiri, kira benda-benda ni belian yang ada pekdah! 

1. Water erasable fabric marking pen

Posing dalam gelap you! Benda ni tak kesah la cap ayam bertelur sereban ke, cap apa2 pun ok. Yang biasa kita guna kapur penanda yang tiga segi warna warni tu kan? Kira ni upgrade lah sikit. Jari pun tak kotor :-)


2. Seam gauge

Senang nak ukur basi kain dan bila nak buat hemming. Tak payah terbelit2 dengan measuring tape dah. 


3. Buku sebijik dua
Bagus jugak la ada buku buat rujukan. Youtube bagus, websites banyak bantu, buku tetap jadi pilihan hakak. Reader's Digest punya guidebook pun bagus. Hakak beli yang ni pasal suka gambar-gambar dan mudah nak follow. 

 Isi karung buku ni. Ada some patterns yang boleh dibesarkan pastu print then boleh la guna. 
Banyak pattern dalam ni pattern asas. Pastu boleh dipanjangkan lagi story nya. Contoh ada sample utk baju, kalau labuhkan potongan kain tu dari pinggang, boleh jadi la dress pulak. Gitu ha..

Jadi ini lah dia sikit banyak benda-benda yang hakak rasa berguna dlm proses kain nak jadi baju. Ada kawan tanya, hakak tak nak belajar embroidery or quilting ke? Err..yang ni pun terkial-kial lagi, tak de lah sempat nak fikir jauh-jauh. Yang penting, jahitan makin elok, pakaian yang siap tak terjongket, jahit zip jahit butang tak rasa seram. Tu lah dulu target hakak buat masa ni. 

Nanti kita masuk apa hakak & Ai belajar masa kelas kedua pulak. 

Jom doa jodoh kita dan zuriat kita sentiasa menenangkan dan sentiasa membuatkan kita semakin bertaqwa kepada Allah. 

Babai!

Alat-alat Asas II

Salam sikit!

Tengok dah French Curve tu? Best kan? Banyak betul kegunaan dia. Rasanya kat tempat kita orang panggil pembaris melengkung la kot. Entah lah hakak pun tak berapa pasti. Yang penting dah tahu rupa dia. 

Satu lagi benda yg hakak tambah ialah gunting. Yang ni kira melabur sikit pasalnya walaupun hakak jenis tak suka membazir tapi hakak jugak paham yang gunting yang elok memang perlu kalau nak menjahit elok-elok. Jadi, setelah membanding sana sini dan cikgu Jay pun mengesahkan, hakak pun beli la sepasang, satu besar   dan satu kecik, gunting Gingher. Ni rupa dia..

Kata cikgu Jay, if you want the Mercedes of scissors, get Gingher! You are so right, cikgu Jay!!

Bila menggunting, sangat lah betul betapa tajam ades des des gunting ni. Bunyi krap krap masa menggunting pun memang merdu benar kedengaran ditelinga hakak. Memang puas hati. Amaran sambil mata terbalik dah diberi kat anak-anak. 'If you want to use these scissors, please ask me first. I will not say no but you have to ask me. If I say yes, it means they are not to be used to cut anything other than kain dan kain only!'. Tu dia! Ayat tunggang terbalik sapa peduli, yang penting isi karung rumah dah tau kasta gunting Gingher ni ;-)!

Ada dua lagi benda cikgu bagitau masa first lesson. Satu pasal jarum dan satu lagi pasal benang. 

Untuk jarum mesin, guna lah jarum Shmetz. Beli dua jenis nak start mula-mula pun tak pe; yg universal & yang jersey ballpoint (selalu bila beli mesin baru, jarum dah diberi pun. Guna je lah. Tapi untuk future replacement, cer beli jarum ni). 

Pastu, satu lagi, pin untuk cucuk-cucuk kat baju masa belum kita cantum. Hakak dah ada banyak tapi tak pernah pikir pun nak beli yg glass headed pins. Bila menjahit, kita kan kerap berenti-berenti utk press/ iron jadi kalu guna yg plastik kepalanya, mesti la tercair dah lawan dgn panas. 

Jadi ini lah dia;

Senget benget deyy! Tapi itu lah dia. Jarum mesin yg universal mana campak entah. 

Last sekali hari tu cikgu bagitau pasal benang. Benang menjahit pun jangan main-main ada kasta dan kualiti tersendiri. Kalau beli yang murah yg lambak-lambak, selalu tak tahan lama. Kita tertanya-tanya kenapa jahitan putus lah, tercabut, tak kemas. Kadang-kadang, jahitan macam 'longgar'. Ha..tu pasal kita menjahit guna benang tak elok . Satu lagi, kenapa setengah pakaian mahal, setengah murah. Bila kita dok pertikai, design sama je, kenapa yg tu beratus sepasang, yang ni 40 dah dapat. Pakai sama je sedap je kat badan. Ha..percaya lah, kualiti kain satu hal, kualiti benang yang diguna pun memberi kesan kepada harga baju bajan tu. Cer tengok baju lambak-lambak, made in China, made in Siam, pakai tak dan berapa hari dahhhhh terburai-burai benang. (Hakak pun pakai je selalu baju pasar malam, beres apa, selesa!). Anyway, hakak sekadar nak kata, dulu hakak tak paham kenapa harga pakaian boleh lain walau rupa sama, cutting sama, jenis kain macam sama. Sekarang dah paham betapa benang-benangan pun memainkan peranan yang besar dlm penetapan harga dan sekaligus kualiti pakaian. 

Contoh eh? 

Ni contoh gambar dekat benang beli dlm kotak lambak-lambak harga setengah dozen benang berapa ringgit/ dollar je.  

 Ni satu lagi. Bersepai-sepai. Bayanglah perjalanan benang ni nak sampai ke kain, dr spool benang, masuk lubang sana lubang sini kasi regangan/ tension baik punya pastu last sekali masuk jarum mesin pastu baru tekan masuk dlm kain yang kita jahit. Fuh..bersepai betul ni!
 Contoh benang yang tinggi kualitinya. 

Ni satu lagi contoh benang yang kualiti tip top. 

(kredit: about.com)

Benang elok ada macam-macam. Mettler, Gutermann dan beberapa jenis lagi. Next time shopping benang, cuba lah beli yg jenis alah membeli menang memakai ni. Tak rugi. 

 Wah! ada buku apa kat background tuuu? 

Just before kami balik, cikgu bawak keluar 1 pattern envelope each utk hakak & Ai.

Skrip:
Cikgu: Minggu depan kita mula buat baju
Hakak kata dalam kepala: Aikk dah nak buat baju ke? Jahit insang pari insang paus belum lagi ni!.
Cikgu: Meh sini saya nak ajar kamu asas baca pattern envelope ni.
Dia pun ajar lah sekejap.
Cikgu: Ok, ni saiz kamu (hulur pattern envelope saiz dewasa kat hakak) dan ni saiz kamu (hulur pulak yang satu lagi kat Ai)
Ai bisik: Eh ibu! Cikgu bagi saiz budak-budak ni!
Hakak: Cikgu, dia pakai saiz budak-budak ke? Dia tinggi dari saya lah!
Cikgu: Ya. Awak berisi sikit (hambik kau!)
Hakak pun tersipu-sipu terus tukar topik.

(Entry lepas-lepas ni kita tengok rupa pattern baju yg kami buat eh?)

Dah habis 2 jam punya sewing lesson. Macam-macam belajar kan? Macam mimpi pun ada. Harap hakak dan Ai tak lupa apa yg dah belajar lagi-lagi dah 'tulis nama atas batu' segala benda yg belajar tu. 

Jom kita doa agar dimudahkan anggota badan kita ni bersedekah pada hari ni. Baik sedekah duit, ilmu, pertolongan, makan minum atau sekadar rajin senyum dan memberi salam, yang penting lillahi ta^ala.

Cheerio!!!

17 October 2012

Alat-alat Asas Menjahit I

*Smile!*

Macam hobi-hobi lain, start up cost mesti ada. Menjahit pun macam tu lah. Minat saja tak cukup. Masa hakak kecik dulu, biasa tengok mak menjahit dan alat-alat yang pernah nampak bersepai kat lantai dan sekeliling mesin jahit mak antara yang masih ingat ialah:

- jarum sana sini
- measuring tape
- seam ripper (penetas ya nama dia?)
- kapur penanda
- gunting ada kecik ada besar (selalu kena peringat..tolong jgn guna gunting mak utk potong kertas yaaaa!)
- marking wheel (yg ada gigi-gigi tu guna kertas carbon utk tanda pattern)
- ruler yg kaler oren tak oren yg ada bahagian tu ada curve, ada 90 darjah, ada lurus je
- kertas minyak bila mak buat baju berpattern (eg blouse atau baju kurung moden ada dart)
- jarum jahit tangan

Tu je lah kot. Mungkin ada lagi benda lain tapi ingatan dah tak berapa tajam. Ha satu lagi, masa tengok mak buat pattern, pernah terpikir..kalu tak pandai ilmu hisab (masa tu tak panggil lagi matematik!), mesti baju jadi bengkang bengkok! Ye lah kan, salah measure, mesti jahitan jadi tak senonoh.  

By the way, mak tak pernah beli serger/ overlocker. Apa dia panggil ya..oh! mesin zig-zag. Dok kampung, sekali gi hantar zig-zag murah je. Seplastik kain, baru berapa ringgit. 

Anyway, boleh dikatakan 30 tahun berlalu, barang-barang asas menjahit masih sama. Hakak tak shopping banyak pun sebab kebanyakan benda memang dah ada pasal anak-anak ada join kelas Design & Technology kat sekolah. Dorang kena jahit sling bag. Jadi colek je barang-barang dorang. Yang hakak tambah ada beberapa je. Among others: 

 
Macam terpampang kat situ, namanya French Curve. 

Kegunaan:






Tu diaaa..setiap ceruk pembaris ni ada guna dia. Suka suka!


..to be continued..

Mari sama-sama doakan hakak & family dapat menziarah Rasulullah di Madinah dalam masa terdekat ni ya? 





Mengenal Mesin Jahit Anda II

Assalamu^alaykum!

Selamat hari Rabu! Wah panjang kita cerita pasal mesin hasil masuk kelas Cikgu Jay kemarin.

Hari ni, kita revise sikit lagi apa dia dah ajar hakak dan Ai masa gi kelas pertama.

Kat mesin jahit, kalau lihat mesti ada tempat letak bobbin (yg kita boh benang bawah). Ada sesetengah mesin jahit dok sini tempatnya:

 Jenis ni hakak ngeri sikit lol!

Yang jenis drop-in ni senang dibawak masuk majlis. Hakak suka yang ni. 

Bobbin jugak ada lain-lain jenis dan saiz. Ada jenis metal dan ada jenis plastik. Ketinggian bobbin pun lain-lain. Jadi, tak leh main taram je kalau nak beli. Kena tau lah saiz (tgk kat manual mesin jahit) baru boleh beli. Tip yang cikgu bagi, kalau kita beli mesin jahit dan bobbin yang datang dlm bobbin case tu jenis metal, maka pas-pas ni kalau nak tambah bobbin, beli lah jugak yang metal. Kalau datang dgn yg plastik punya, maka beli lah bobbin tambahan yang plastik jugak. Hikmah disebalik kejadian hakak tak pulak tanya dia hari tu.


Metal bobbins


Plastic bobbins pun ada 'ketinggian' yang berbeza tau. So, kalau nak beli stock banyak2, kena check dulu dr saiz asal bobbin yg datang free bila kita beli/ dapat mesin jahit kita. Macam mesin hakak, si Kuntum punya bobbin pendek sikit dr si Puyu punya. Si Hero pulak datang dengan metal bobbins. So kena pandai2 lah tambah koleksi saiz yang berbagai. 

Sambung kisah mesin jahit. Dulu masa belum belajar, hakak memang ingat hand wheel tu kita boleh pusing ikut suka. Ke depan boleh ke belakang boleh. Rupanya kalau nak guna hand wheel tu, kena pusing ke arah kita (ala2 lawan jam la) je! Jap jap mana rupa hand wheel..

Ni dia hand wheel

Orang yang langsung tak tau anatomi mesin jahit (macam hakak dulu) memang tak pernah fikir benda-benda ni. Kita guna hand wheel ni bila contohnya kita nak jahit macam ni : 


bila sampai kat bucu dan kita nak jahit sikit je lagi tapi tak nak terbabas sebelum proceed jahitan lurus seterusnya. Masa ni lah kita guna hand wheel utk 2-3 stitch terakhir sebelum kita pusing kedudukan kain. Apa-apa hal, kena ingat, PUSING HAND WHEEL TOWARDS YOU dan bukan ke arah sana!  

Rupanya tak lah susah pun nak belajar menjahit. Yang hakak dok seram tak pasal-pasal apa kes. Bila dah rasa 'kenal' sikit mesin jahit, rasa makin seronok. Yang penting bila kita berhubung dgn mesin jahit ni, jangan dok campak merata MANUALnya. Nasib lah zaman internet ni, kalau hilang, buleh je nak download manual mesin jahit ni tapi syaratnya kena lah tahu apa model mesin kita tu. Ada sesetengah website boleh download free tapi ada yang cas lah, bergantung kepada jenis mesin kita.

Ada sikit lagi dia ajar masa first lesson ni. Oh! Dia sempat bagitau barang-barang keperluan asas bila belajar menjahit. Next entry lah. 

Sebelum lupa, jom kita sama-sama berdoa kita sentiasa tegar hati dalam menunaikan segala kewajipan kita kepada Ar-Rahman. 

(kredit semua gambar-gambar: Mr G)


16 October 2012

Mengenal Mesin Jahit Anda I

Hello hello! Hakak dok telek-telek buku nota ni. Lagi telek rasa lagi seronok dapat peluang belajar menjahit walaupun kayuh sangat lah dengan pelan-pelannya. 

Okay la jom story apa Cikgu Jay ajar masa gi first lesson dengan dia.

Mula-mula dia dudukkan hakak dgn Ai depan mesin jahit. Hambik! Tak main jahit insang pari, pari tak de insang punya..terus duduk depan mesin! Anyway, dia tunjuk kat kami mesin jahit secara umum dan terangkan pasal kedudukan benda-benda kat mesin jahit tu. Dia terangkan  pasal:
  • tension control
  • stitch length
  • stitch width
  • jenis-jenis jahitan (straight stich, zig-zag, etc)
Cikgu Jay jugak masa tu dia ambik peluang untuk bagitau kami pasal mesin jahit. Dia bagitau, dalam dunia menjahit, brand Bernina (Made in Switzerland) kira macam brand yang paling gah. Harga pun gah lah jugak. Adik tiri Bernina, Bernette murah sikit tapi nama takleh challenge Bernina lah kan. Nak kata dasat Bernina ni, kalu 40 tahun dulu harga mesin ni $500, la ni pun masih $500. Kat ebay masih ada orang let go Bernina versi klasik ni. Harga, bajet-bajet lah dalam $200 ke atas. Biasanya kalau menang bidding, kena la hantar servis dulu nak pastikan semua ok. Tapi sekali mesin dah jalan, memang best. Smooth je. You will be sewing like a dream, orang putih kata. 

 Bernina lama. Jenis gini ada-ada je muncul orang lelong kat ebay.
 Salah satu Bernina zaman la ni. Kalu rajin nak skodeng, gi www.bernina.com

Ni contoh Bernette. Yang ni ringan, dlm 6.2kg je beratnya. Kalau nak bawak pindah randah, sesuai!

Nasihat cikgu, mula-mula belajar ni, tak payah lah dulu nak beli mesin jahit yang ada berbagai-bagai sangat jenis jahitannya atau yg computerised. Dlm banyak kes, tak guna pun jahitan yg macam-macam tu. Harga mesin je jadi mahal. Kira tak berbaloi sgt. Sama dengan apa bloggers lain dok kata bila hakak google. Pendapat standard dunia jahitan la kiranya. 

Walau bagaimanapun, brand lain pun bagus. Singer, Brother, Janome, Huzqvarna, Elna, Pfaff (to name a few) semua ada reputasi tersendiri. Macam mak hakak, dia tak pandang brand lain, setia dgn Singer dari dulu. Lagi power, mesin dia kena kayuh dgn kaki lagi! Sampai laaaaa ni lah masih dok mengayuh!

Anyway, itu lah dia. Lain orang, lain bajet, lain keperluan. Ada yang nak menjahit benda-benda mudah je, ada yang nak panjangkan ke menyulam. Ada yang memang nak belajar pastu nak guna ilmu dan mesin tu sebagai sumber pendapatan. Jadi balik pada niat awal dan keperluan, masa dok survey-survey nak beli mesin jahit, kalau nak melabur besar-besaran terus, why not? Cuma macam hakak, tak leh nak janji kat diri sendiri kalau beli yg ribu riban harganya, akan balik modal :-)! Jadi, dari awal-awal lagi, dah letak bajet  kalau beli mesin baru, akan beli yg sangatlah simple dan bajet tak lebih dari $300.

(kredit gambar-gambar: Mr G)

Nota kepala lutut: $ mentioned here is in AUD.

 ..to be continued..

Kalau ada seminit, mari kita sama-sama berdoa agar kita semua berjaya didunia dan terutama sekali diakhirat ya? 

Jom! Jom Belajar Menjahit!

Setelah sekian lama dok asyik shopping online je beli baju bajan/tudung inner ninja itu ini, dan setelah terdetik berlebih lebih nak belajar menjahit (dan harapnya dapat la jahit semua ni sendiri satu hari nanti - oh bilakah satu hari tu akan tiba!!) maka macam yg disebut sebelum ni, hakak pun cari lah cikgu nak belajar. Boleh je belajar hasil tengok youtube, blog/website yang berjuta-juta kat internet ni atau melalui buku-buku tapi sesungguhnya bila ada guru lain la kan rasanya. 

Kelas yang hakak ikut ni memang bagus. Kelas kecik (max. 2 orang). Kalu segan, boleh je nak belajar sorang2 dgn cikgu tapi kena la bayar lebih. Setelah tengok bajet, hitung punya hitung, timbang tara habis-habisan, hakak telah membijak dan berjaya memujuk anak yang tengah untuk join sekali. Ye lah kan, nanti-nanti dia jugak la yang untung. Tak de nak tunggu sampai umur rambut beruban ni  baru nak terkial-kial belajar. Oh! Nama cikgu, Cikgu Jay.

Yang hakak suka, cikgu Jay punya program sangat tak bosan. Sekali belajar, 2 jam dan kelas asas ni untuk 4 kali. Jadi dapat lah 8 jam in total. Dia pulak ajar apa yg kita nak belajar instead of kaut habis ilmu menjahit (termasuk cara jahit tangan yang berjenis-jenis pastu mungkin tak guna pun ilmu tu pasal dah bedal guna mesin jahit je nanti! ) last-last dah masuk sebulan dua tak jugak sentuh mesin jahitnya! Boring wehhh macam tu! By the time dah nak start menjahit, mula kelas 15 orang, bila nak sentuh mesin, tinggal 7 je! Tak salah la belajar tapi memandangkan umur hakak ni dah macam ni, rasa tak larat nak gi dalam-dalam ilmu menjahit ni. Hakak bagitau dia, hakak nak belajar buat skirts, dresses, tops yang mudah-mudah je awal-awal belajar ni. Hakak bagitau dia jugak yang hakak tak nak la belajar buat seluar orang lelaki atau jahit bush (pergh!) jacket bagai. Cukup nak rasa yakin bila menekan foot pedal (apa dia kot BM? Kaki mesin jahit?) dan tak kalut bila buat silap. 

Anyway, pasni nanti kita cerita apa hakak dan anak, si Ai belajar sepanjang berkelas 8 jam hari tu.

Si Comel,  'Janome Sew Mini Sewing Machine'; (kredit: amazon.com)

Sama-sama doakan hakak dan keluarga hidup dan mati sebagai orang yang beriman ya?

Au Revoir!

Kenapa belajar menjahit?

Ya..apa yang bawak kepada nak belajar menjahit ni walaupun umur dah tak jauh dari setengah abad, tangan dah keras, mata dah makin tak berapa nampak, pastu duduk lama2, sakit pulak la pinggangnya!

Dah kawin, dah ada anak-anak adesss.. kejap2 zip terabak, kejap2 hem seluar sekolah terbukak & benang pun terburai. Yang si ayahnya, balik2 keje tayang duit syiling segenggam. Ha ni ambik.. tadi duit ni terbolos keluar dari poket seluar. Jenuh kejar nak kutip kat lantai. Tu dia! 

Tu satu hal la, satu lagi, ada anak2 perempuan ni, untung kalau kurang2 boleh buat dresses atau skirt A line mudah-mudah untuk dorang. Tak pikir pun nak buat pakaian design yang payah2. Memang tahu tak mampu pun. Jadi itu lah dia. 

Oh satu lagi, dok tanah orang ni, mahal nya kalau nak gi hantar alter apa2. Hari tu, hakak punya tudung ada dua helai koyak (malas nak kata tapi hasil cucuk brooch la kan!)Masa tu tak berani pun nak mendekat mesin jahit (nanti cerita pasal mesin jahit lepas ni) jadi bawak la rumah kawan kepada kawan kepada kawan ni. Si Tukang Jahit kawan kepada kawan kepada kawan ni pun ambik gunting, potong stret je tudung tu (kain chiffon), pastu hakak tgk dia ambik satu hem foot ni (apa hem foot eh kot Bahasa Malaya?), grrrrrrrrrr dia jahit. Selesai 2 helai tudung. Dia cas mahal laaaa.. Ikut dollar AUD, dia cas $20! Kalu ikut pound sterling tu, maknanya dia cas GBP12.70.. kalu la ikut RM..adehh.. jap jap convert jap..RM62.78 sen. Mau tak terbelalak mata hakak!!! 

Itu lah sebenarnya titik tolak kepada kejadian menggoogle dimanakah kelas menjahit yg termampu (mahal2 tak kuasa la kan!) hakak join. 


Imagine.. tangan kanan kayuh mesin, tangan kiri nak nak 'jaga' kain tak nak kasi pegi merata-rata!    (kredit gambar: mcm biasaak..google lah)

Mintak doakan hakak dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki yang halal ya! 

Till then!

On Your Mark..Get Set..Go!!!

Assalamu^alaykum

Hai hai!

Baaaaaru belajar menjahit dalam sebulan lebih. Memang baru sangat-sangat. Excited semacam hari-hari dok tengok blog orang menjahit. Last2 tergatal jari buat la blog sendiri. Pergh! Theme blog ni pun ada ura-ura menjahit.. Ada butang, ada mesin jahit, kain selambak.. fuh gunting pun ada! Sakaaan!

Blog ni tak de impian apa pun. Kira sekadar nak catat memori belajar menjahit, dari tak tau hapa, takut tengok mesin sampai la boleh jahit serba sikit nak pakai sendiri.  Satu lagi, bahasa rojak je blog ni. Tak de nak bahasa Malaysia sentap-sentap, tak de nak dari A - Z bahasa London. Kira asal tertaip, redha je lah. Mungkin terkeluar sepapan dua bahasa Cina, bahasa Arab, bahasa diksyenori sendiri. Yang penting hakak sendiri paham :-).

Uhuk uhuk..larat ke? (kredit: aficionada.org/ google)

Jangan lupa doakan hakak dan keluarga dilindungiNYA selalu.

Cheerio!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...