17 June 2013

Kyoko Dress

Assalamu'alaykum..

Wah..kedengaran kejepunan nama dress kita kali ni. Dalam berlari ke hulu ke hilir, sempat siapkan Kyoko dress ni untuk cik adik bongsu. Pattern dah lama ada cuma kain yang dok tersorok dlm plastic bag sekian lama semua macam tak berapa sesuai nak buat Kyoko dress ni.

Proses memotong, menjahit, boh bias semua sgt straight forward je. Ikut hati nak buat bias sendiri tapi dah anak nak sgt pakai baju baru, guna je bias yg sedia ada dlm gobok. Jap sebelum kita cerita pot pet pot pet lagi pasal Kyoko dress ni, jamu mata jom..


Tu dia.  Masa posing ni, hari sejuk. Sarung je lah boots buruk dia. Sebenarnya patut jahit obi untuk baju ni tapi kebetulan dah ada sash merah yg dah jahit hari tu. Kan dah kata..dia nak pakai jugak jugak dress baru ni jadi, guna lah sash tu. Insya' Allah hari lain blh buat obi belt untuk dress ni.
 


 

 
Ni gambar masa dok nak attach bias kat hujung lengan baju dan bahagian tengkuk/ dada. Sebelum ni kalau nak attach bias, hakak selalu guna teknik lain tapi kali ni buat teknik bijak bestari ni pulak. Hakak bukak bias tu pastu letak sama edge bahagian kain (betul, bukan terbalik) dengan bias. Pin smart-smart pastu jahit je lurus ikut garisan lipatan yg first tu. Masa ni la kasih sayang hakak kepada edge joining foot tu bertambah-tambah rasanya. Nak guna tapak standard ok je. Insya' Allah tetap lurus jahitan dari mula sampai ke hujung.

 
Pastu tu, lipat je bias tu ke sebelah dalam (belah kain terbalik) mcm biasa. Pastikan kedudukan bias belah dalam tu ter'over' sikit kedudukannya daripada jahitan yg dibuat tadi pastu kemaskan dgn jarum. Balik semula ke belah luar, pastu ejas kedudukan jarum betul2 biar bila jahit, jarum masuk ke celah2 antara bias dan kain (stitch in the ditch). Dari pengalaman jahit dress ni, memang teknik ni sangat memudahkan dan bila habis jahit bias, boleh terus press dengan iron kasi kemas.
 
Satu cara lagi, kalau tak nak guna teknik 'stitch in the ditch' macam ni, boleh jahit guna teknik topstitching. Jahitan akan 'tangkap' bias belah dalam dan kat belah luar ada satu garisan lagi jahitan lurus. Apa-apa hal berlatih dulu sebelum tikam kain cantik kita. Dua-dua cara hakak dah cuba dan takat ni, hasil ok.
 
Sekarang tengah siapkan satu lagi Kyoko dress. Dah siap kita cerita lagi. Harap-harap this time dia dapat tunggu sampai obi siap jugak baru boleh bergaya.
 
Ta...!
 
p/s Ya Tuhan, tetapkan kami didalam aqidah ahlusunnah wal jama'ah sehingga ke akhir hayat kami.
 
 
 

5 June 2013

Magnetic Pin Cushion

Dah June. Cepatnya!

Semalam balik kerja singgah kedai. Nak beli benda lain, balik bawak benda lain. Standardlah tu. Hakak sebenarnya dah niat nak bersara dari menambah benda-benda menjahit ni pasal rasanya dah ada macam-macam tapi bila tengok benda ni rasa ada guna dia. So, hasil teringat nasihat cikgu Jay, hakak pun beli lah magnetic pin cushion ni.


Kenapa beli magnetic pin cushion (keras je..kalau cushion kita mesti fikir lembut2 jenis bantal hehe)? 

1) hakak jenis bersepah kalau menjahit. Bersepah benang, bersepah jarum, bersepah kain .. Tak lalu nak pandang ruang menjahit bila dah start memotong, menjahit dan menetas benang hasil jahitan huru hara. Huyoo..

2) rumah ada kucing. Selalu jarum bersepah kat carpet, kat lantai. Nak kutip satu persatu, mata tua ni ada saja terlepas pandang. Hasil menyaksikan beberapa kali cubaan kucing nak MAKAN jarum-jarum ni, maka tak syak lagi memang berguna magnetic pin cushion ni. 


Tips: Bila nak kutip jarum kat lantai, senang je. Terbalikkan aje pin cushion ni bawak lalu kat kawasan jarum bersepah then, dah tentulah jarum2 akan terus melekat situ. Selamatlah kucing (dan sapa2 ada anak kecik) dari tertikam jarum dalam tekak! 

Ruang keliling pin cushion ni boleh je nak boh apa2. Butang ke, hook ke, small pins ke. Suka suka!

Sapa rasa rajin dan tak kuasa nak membeli2 serta rajin ber DIY, tak yah risau. Hakak ada jumpa satu website ajar camana nak buat magnetic plate/ pin cushion ni. Gi je sini. Nak dipendekkan cerita, apa yg diperlukan ni je: 

  1. piring or pinggan lauk (pinggan nasi tak mau laaaa)
  2. 3-4 ketul magnet buttons yg hitam tu. Kalau gi kedai craft selalunya mesti ada jual magnet bulat kecik2 ni
  3. Gam gajah! 
Cara:

Titik glue tu kat bawah piring pastu lekatkan magnet. Kasi set pastu boleh la guna. Jangan lah boh magnet beria banyak sgt pasal nanti terover mesra pulak la jarum-jarum dok lekat kat piring tu. 

Anyway, bagus idea ni. Hakak tak try pun pasal lepas beli magnetic pin cushion biru tu, baru terjumpa projek DIY bertuah ni. So, tak de lah boleh boh gambar ke hapa tapi kalau gi website tu, boleh la imagine eh? 

Au Revoir! 


Ya Rabbi, peliharalah lidah kami dari berkata perkara yang sia-sia hari ini. Sesungguhnya diam itu lebih baik daripada berkata perkara yang sia-sia. 


3 June 2013

Mesin Jahit Second Hand

Selamat menyambut Isra' wal Mi^raj! Seronoknya berkumpul di atas sejadah lepas Maghrib dengan anak-anak bercerita tentang salah satu mukjizat Rasululllah, sallallahu ^alayhi wasallam yang tercinta. Semoga bertambah keimanan kita terhadap Allah subhanahu wa ta^ala.

Haa..nak jadi cerita, dapat hadiah tak tersangka pulak. Cikgu Jay dengan baik hati telah menalipon dan menanya kot2 hakak teringin nak mesin jahit free!! Dia kata, dia dapat ni daripada mak kawan dia dan mesin ni, Cikgu Jay dah siap hantar servis (jangan lupa pesanan penaja dlm post hakak sebelum ni iaitu, kalau kita nak guna mesin jahit yg dah lama tak digunakan, baik hantar servis dulu. Berbaloi bayar sikit tapi lepas tu tak de sakit kepala dah pasal mesin kita dah boleh bekerja 100%). Cikgu Jay bagitau, dia teringat nak offer kat anak murid cemerlang dia (hehe..) ni pasal dia tahu si Kuntum hakak tu mesin jahit yg sangat laju. Sekali tekan pedal, hakak rasa macam driver Formula 1! Fuh... Mesin yang dia nak bagi ni, sangat lah tak kalut. Kira memang idaman hakak. Cuma satu je, mesin free ni umur dia lama. Dari tahun 70an. Tu diaaaa...  

Anyway, dengan takde perasaan ragu-ragu hakak terus setuju untuk pegi ambik HERO (dan2 kasi nama) dari rumah cikgu kesayangan hakak ni. 

Jeng jeng jeng!! Ini lah dia HERO.


 Rupanya dia brand Janome. Bagus bagus!

Masa kat rumah Cikgu Jay, dia sempat ajar hakak camana nak guna si Hero. Senang sangat pasal kita ikut je colour coding tu. Hjau (jenis jahitan - fuh..overlock pun ada!), biru tua (kedudukan jarum) dan merah (as stated, stitch length). 

Siap ada slot nak letak barang2. Elok la pasal hakak ni kalau menjahit, Ya Rabbi bersepah!

Dial ni sangat misteri pada hakak. Tapi Cikgu Jay kata, memandangkan tuan asal Hero dah kasi hilang manualnya, hakak kena lah cari kot internet. Dah dapat manualnya, insya' Allah akan tahu lah apa pekdah dial ni. 

Rupa Hero kat belakang. Wah..siap boleh jahit guna double needle nanti. Suka suka!

 Tu diaaa..dalam seriau-seriau..dapat jugak lah mesin jahit jenis bobbin case kena seluk ke dalam macam ni. Redha sepenuh hati nihhh...free la katakaaaan!

Kelas engkau Hero..tak main slide slide kalau nak keluarkan bobbin case. Kasi angkat je cover dia.

Aksesori serba sikit. Dapat narrow hem foot dan zipper foot. Ok lah tu. Apa-apa hal hakak tak risau pasal Hero ni dia punya footer macam si Kuntum je (low shank) jadi, tak yah nak susah-susah beli baru. 

Tak sabar nak prektis guna Hero. Seperti biasa, bila ada mesin yang baru sampai kat tangan kita, baik mesin baru beli atau yg baru dapat atau yg dah lama beli tapi tersadai tak pernah guna, ambil lah masa berkenalan dan berlatih-latih menjahit dengan jenis-jenis jahitan yang mesin tersebut offer kat kita. Cuba lihat jenis jahitan yang berbeza-beza bila guna tension dan stitch length yang berbeza. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...