22 November 2012

Dress Kipas Jepun

Salam Khamis :-)

Lama hakak bertapa. Anyway, dalam proses tapa menapa ni, sempat jugak lah skodeng pattern kat kedai. Kena pulak ada dijemput ke satu wedding awal December nanti. Dengan penuh debaran, hakak study pattern comel ni. Mampukah..mampukah? Dalam hati nak cuba buat view D, mcm baju yg budak kecik tu pakai. Beg tu tak payah lah. Anyway, bila dah perasan kata mampu, kena lah cari kain. 

(kredit: patternreview)

Cari punya cari, jumpa la kain yang hakak sangat suka pasal material fabrik nya yg nampak 'mewah' dan warnanya ya Rabbi terang benderang yang amat! Kena pulak harga kain tak lah menyakitkan sangat jadi hakak pun beli lah 2 meter. Nama dress ni Dress Kipas Jepun pasal print kipas tu ada merata-rata kat kain ni.

Warna kain. 

Beli sekali interfacing dan segala keperluan eg: zip, benang, reben mereben (beli macam-macam warna terus) & hook and eye. 


 Yaaa..nekad habis ni. Dalam ketar-ketar jari, hakak pun mula la bukak pattern, tengok layout dan proses dari kain dibuat baju (nyanyi sikit!) pun bermula.
Tips: Ikut yg cikgu Jay ajar, pattern pieces ni kalau tak nak rosak dan tahan lama (sebab mesti lepas-lepas ni nak buat lagi baju guna pattern ni - lagi-lagi kalau baju yg nak dijahit kali pertama ni menjadi gorgeous!), lepas ni boleh lah iron kat fusible interfacing. Fusible interfacing ni memang ada glue kat satu side. Dah lekat siap, simpan guna hanger seluar yg ada clip tu.

Dah potong-potong, tangkup sana sini tiba lah masa nak berurusan dengan leher baju pulak. 

Tengok potongan kat leher baju ni. Hakak bayang mesti comel bila dah siap. Memandangkan Ai guna mesin yg hakak baru beli hari tu untuk projek dia, hakak terpaksa lah bermanja dengan si Kuntum. Mesin jahit si Kuntum hakak memang laju tak terkejar. Bila jahit ni, hakak kena tekan foot pedal pelan-pelan sangat sebab kalau tak, memang kain hakak akan merayau merata-rata. 

Ikut pattern, lengan baju dia ada 'cekik' getah ni. Walaupun instruction kata potong 5", hakak potong panjang sikit pasal tak nak lah anak hakak kebas-kebas tangan nak menyuap makanan kat wedding tu nanti dek masalah darah tak jalan!
Masa syok tak peduli kiri kanan dapat pattern ni, hakak tak perasan pun kat baju ni ada potong melengkung macam dlm gambar atas ni. Ingatkan lurus je. Bila dah sedar, mula la tak lalu makan. Inilah akibatnya baru belajar menjahit 2 bulan, perasan dah boleh jahit macam-macam! Nasib baik la hakak teringat nak talipon cikgu Jay. Dia dengan sabar terangkan kat hakak apa nak buat. Syukur lah, pelan-pelan jahit, nampaknya   bertangkup elok.

Badan atas dah siap, bahagian skirt dah buat apa patut. Sekarang hakak kena tangkupkan dua-dua ni. Nak kena selarikan atas bawah ni punya lah berdebar.

Bila dah berjaya tangkupkan, aduihhh leganya hati! Depan belakang kiri kanan semua tepat nampaknya. 

Ok. Sekarang tinggal nak tackle zip je lagi (hakak akan guna invisible zip) dan jahit basi kain kat bawah dress ni. Rumah hakak ada dua ekor kucing jadi kena lah gantung baju ni. Tu la pasal hakak pin dulu kat belakang leher tu. Kalau campak je mana-mana, kang kucing datang melebarkan perut dorang tidur atas dress baru ni. Tak leh tak leh!

Ha, nampak tak hakak bulatkan kat bawah kiri tu. Nak tunjuk baju ni kena kasi press dan steam lepas dah siap nanti. Kedut2 dari lipatan kedai masih ada. Tips: Kata cikgu Jay, kalau nak menjahit dan hasilnya nampak professional, handmade (but not homemade!) memang cantik kalau guna steam generator iron. 

Wahhh..Ni dia hasil takat ni dress takdak zip ni. Nanti tuan badan dia pakai hehe..kalau hakak rajin, hakak mintak dia posing setempek dua. Lengan baju tu nanti dah pakai akan nampak 'puffy'. Masa tu kita kasi gali mana-mana kamera DSLR yg ada. Baru lagi nampak cantik. 

Hakak tak boh benda-benda extra kat leher baju dan kaki baju macam dalam pattern envelope tu pasal kain   ni dah cukup meriah jadi pada hakak, dah cukup lah dgn reben plain kat sisi tu untuk 'tenangkan' mata yang melihat. Mungkin kalau buat lagi dress guna pattern ni lain kali, hakak akan cari kain yang lebih rileks warna dan coraknya.


Dah buat baju anak..maknya tiba-tiba rasa tak dak baju sesuai untuk diri sendiri nak gi wedding tu nanti.... 


Ya Rabbi, jadikan kami dikalangan orang yg sentiasa bersyukur dan tidak suka menghebahkan ibadah dan kebajikan kami. Sesungguhnya tiada daya kami untuk melakukan ketaatan dan kebaikan kecuali dengan izinMu.

8 November 2012

Pre-Washing

Assalamu^alaykum *senyum*

Tiba-tiba teringat satu benda yang Cikgu Jay pesan bila first lesson dah nak tamat dulu. Masa tu dia dah bagi kat kita pattern satu sorang dan kita pun dah decide nak beli kain cotton je untuk buat night dress tu. 

Dia pesan:

Cikgu:  Dah beli kain, balik rumah, mesti basuh dulu.

Hakak: Belum potong, belum jahit dah nak membasuh ke? Pasal apa?

Cikgu:  Ada beberapa sebab. Pertama, kain tu boleh 'kecut' (lagi-lagi kain jenis cotton). Kedua, kadang ada orang kulit dia sensitif dgn sejenis bahan kimia yg selalu manufacturer campur utk tak nak kasi serangga gigit-gigit dan buat lubang kat kain tu. Jadi bila dah basuh, benda tu dah keluar lah. Kamu tak payah lah tahu nama bahan kimia tu sebab cikgu sendiri pun tak reti nak sebut! (lol!). Satu lagi sebabnya, kadang-dadang ada jenis kain yg ada warna yg sangat terang/gelap. Bila dah basuh sekali, pewarna yang terlebih ni dah 'turun' siap-siap. 

Hakak: Kalau tak basuh & keringkan dulu?

Cikgu: Kamu malas ya? Tu la pasal cikgu pesan, balik terus basuh. Kalu kamu lengah-lengah, nanti lupa! Ok..kalau kamu tak nak basuh dulu, bila kamu potong kain, seeloknya kamu lebihkan lah sikit ukuran, utk kasi 'peluang' kain tu mengecut. Dah bagi besar sikit, bila kecut nanti, akan jadi molek lah saiz baju ke badan kamu.

Tu cerita basuh kain. Pastu hakak tak selesai lagi..tanya lagi!

Hakak: Cikgu..kan kain kat tepi-tepi kan ada benang berbulu-bulu. Kalau masuk mesin basuh nanti, tak ke habis jadi lagi rosak kain atau lagi bulu-bulu?

Cikgu: Ha, nasib kamu cerdik! Senang je nak selesai masalah tu. Kamu boleh:
1) kasi jahit zig zag dulu kat tepi kain
2) kamu buat straight stitching
3) guna 'pinking shears'

Hakak: yg nombor 3 tu, apa benda? *mode jakun*

Cikgu pun bergegas gali laci dia dan keluarkan gunting dia yg digelar pinking shears ni. Ooo..ini bendanya! 

Cikgu: Ha! kamu jangan pulak guna dia ni utk buat potong kain potong pattern kamu! Dia ni memudahkan kerja kalu tak nak guna serger @ mesin zig zag kamu tu. Potong je sepanjang kaki kain pakaian kamu nanti. 

Hakak: Pastu?

Cikgu: Pastu, dah basuh, jemur jangan sampai kain tu kering macam keropok! Kira kain tu masih rasa sejuk gitu, kamu angkat pastu kamu iron lah. Lipat pastu nak potong nanti, ha kain kamu dah ready!

Tu lah antara tips yang cikgu bagi. Terima kasih, Cikgu Jay! Mungkin orang lain ada tips lain yg lebih tip top tak nak kasi bulu-bulu kain merewang merata bila nak pre-wash fabric korang. Tak pe, lagi lama menjahit, insya' Allah macam-macam lagi lah yang hakak akan belajar & dapat macam-macam tips lagi. 

Jap jap..kena tayang pinking shears ..

Gunting banyak gigi!



Nota kepala lutut: Hakak punya rajin, 3 kali pertama je lepas hakak balik dari fabric shopping, terus menggunting pastu masuk kain dalam washing machine. Kalau cikgu Jay tahu, dia mesti bangga punya. 3 kali je lah, pastu tak dak dah! Tak kuasa!!! 


Ya Rabbi, mudahkanlah urusan harian kami serta janganlah Engkau palingkan kami dari keimanan setelah Engkau tunjukkan jalan yang benar kepada kami.


4 November 2012

Kwik Sew Night Dress

Bonjour!

Semangat berkobar nak tulis kesah kelas menjahit dgn Cikgu Jay terbantut la pulak. Habis cerita first lesson, terus kejung ! Penat kerja, anak exam, pastu sempat demam berjemaah.

Anyway, second lesson, kami bukak pattern. Buat night dress. Straight forward.

Jap..mana patternnya?


Ni pattern yg kami guna. Cikgu bagi yg Kwik Sew 3551 & 3552. Satu saiz ibu satu saiz anak.   Kami buat baju je pasal lebih banyak teknik kat baju. Pillow case tu memang kami tak pandang pun hatta sebelah mata :-) .


Kalu tanya hakak, terus la ikut saiz L :-) tapi sebenarnya kita tetap kena ukur badan. Dari situ, baru buleh decide apa saiz kita untuk pattern ni. Hakak rupanya saiz M. Suka! suka! Bidang kain dan berapa banyak nak beli pun dibagitau siap so tak de lah terbeli kurang dari yg sepatutnya. Beli lebih tak pe :-)


Kat envelope ni  kita boleh tengok cadangan jenis kain yg kita boleh beli utk projek ni ie cotton, jersey, etc. Sebagai permulaan, hakak beli kain cotton je lah. Senang nak handle.

Jom bukak envelope tgk apa ada.

Alamak, gambar tak cantik lah tapi tak pe. Tu dia. ada 4 benda je. Pattern belah depan, belah belakang, alas tengkuk depan, dan alas tengkuk depan. Simple kan? 



Bagus pattern Kwik Sew ni pasal:
1)  dia tak guna 'tissue paper' yang adeh deh bercinta bila nak bentang. Nanti dah reti sikit ok la kot tapi untuk super beginner ni, ngeri lor! 
2) pastu, jelas sangat beza warna utk size yg berbagai tu. 

Pada hakak, instructions yg jelas mengurangkan rasa nervous di hati. 



Ha, nampak tak, ada ayat-ayat seperti CUT 1 ON FOLD,  PLACE ON FOLD, GRAIN OF FABRIC, bentuk mcm diamond kat  atas gambar ni. Ha, ni semua ilmu baru yg hakak belajar. Orang yg dah pandai dan dah biasa, tak ambik pot pun la kan. Kita orang baru, seperti biasa, akan terlebih excited.

Anyway, dum dam dum dam (sambung belajar teknik2 menjahit masa 3rd + 4th lesson), siap laaaaa night dress ni akhirnya. Ini lah hasilnya (hakak punya)..

Tadaaa!!

Tengok curve kat kaki baju. Belajar teknik camana nak kasi jadi curve elok (guna steam iron, steam slightly atas kain dulu, pastu baru tekan dgn iron.)


He he.. I made this myself! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...