Showing posts with label Mesin Jahit. Show all posts
Showing posts with label Mesin Jahit. Show all posts

18 March 2014

Kejung

Rasa macam baru update Kyoko Dress hari tu tapi rupa-rupanya dah berbulan blog hakak ni kekejungan. Sebenarnya selama itu lah hakak tak sempat nak jahit perabis bermacam-macam projek. Bermula dengan urusan nak berpindah rumah, pastu hakak tak ada kat dalam negara selama dua bulan, pastu masuk rumah baru dan macam-macam lagi drama swasta lain, maka selama itu lah mesin-mesin jahit terchenta hakak dok bertenggek dalam gelap. Hati dah tak sabar nak keluarkan mesin 3 beradik + mesin zig zag dari alam stor tu..

Semasa dalam proses ke sana kemari dua bulan hari tu sempat lah hakak masuk keluar berbagai kedai fabrik dan macam-macam kedai yang sewaktu dengannya. Tengok buku-buku pattern, pesen masyarakat setempat dan masuk kedai mesin jahit. Gerrrammmnyaaa comel-comel belaka tapi biasalah, tak kuasa nak kasi beg beranak jadi hakak tahan hati dan telan air liur saja lah. Cer tengok mesin ni..macam candy kan? 

Kejam punya comel kan? 

Bukan mahal sangat pun. Ada yang mini dan ada yang saiz mak-mak. Mesin jahit mini tu hakak angkat letak angkat letak, bayang-bayang berapa bijik dah beg kat hotel, pastu siap turun gi floor lain, try kasut bagai, naik balik floor ni, angkat letak lagi pastu last-last hakak istighfar pastu hakak keluar John Lewis dan jalan terus tak pusing belakang dah. Adoi ingat senang ke? Geram kat warna warna yang buat hakak rasa nak makan mesin-mesin tu. So, sapa-sapa kat UK, sapa-sapa ada kawan atau sedara mara, jiran atau pak gad yang rapat dengan korang yang nak gi London ke, sila laaaa kirim mesin jahit  comel tak hengat ni! 

Anyway, in sya' Allah bila semua dah settle, hakak akan start semula menjahit dan share dalam blog ni projek-projek kecil hakak ok? Do'akan.

3 June 2013

Mesin Jahit Second Hand

Selamat menyambut Isra' wal Mi^raj! Seronoknya berkumpul di atas sejadah lepas Maghrib dengan anak-anak bercerita tentang salah satu mukjizat Rasululllah, sallallahu ^alayhi wasallam yang tercinta. Semoga bertambah keimanan kita terhadap Allah subhanahu wa ta^ala.

Haa..nak jadi cerita, dapat hadiah tak tersangka pulak. Cikgu Jay dengan baik hati telah menalipon dan menanya kot2 hakak teringin nak mesin jahit free!! Dia kata, dia dapat ni daripada mak kawan dia dan mesin ni, Cikgu Jay dah siap hantar servis (jangan lupa pesanan penaja dlm post hakak sebelum ni iaitu, kalau kita nak guna mesin jahit yg dah lama tak digunakan, baik hantar servis dulu. Berbaloi bayar sikit tapi lepas tu tak de sakit kepala dah pasal mesin kita dah boleh bekerja 100%). Cikgu Jay bagitau, dia teringat nak offer kat anak murid cemerlang dia (hehe..) ni pasal dia tahu si Kuntum hakak tu mesin jahit yg sangat laju. Sekali tekan pedal, hakak rasa macam driver Formula 1! Fuh... Mesin yang dia nak bagi ni, sangat lah tak kalut. Kira memang idaman hakak. Cuma satu je, mesin free ni umur dia lama. Dari tahun 70an. Tu diaaaa...  

Anyway, dengan takde perasaan ragu-ragu hakak terus setuju untuk pegi ambik HERO (dan2 kasi nama) dari rumah cikgu kesayangan hakak ni. 

Jeng jeng jeng!! Ini lah dia HERO.


 Rupanya dia brand Janome. Bagus bagus!

Masa kat rumah Cikgu Jay, dia sempat ajar hakak camana nak guna si Hero. Senang sangat pasal kita ikut je colour coding tu. Hjau (jenis jahitan - fuh..overlock pun ada!), biru tua (kedudukan jarum) dan merah (as stated, stitch length). 

Siap ada slot nak letak barang2. Elok la pasal hakak ni kalau menjahit, Ya Rabbi bersepah!

Dial ni sangat misteri pada hakak. Tapi Cikgu Jay kata, memandangkan tuan asal Hero dah kasi hilang manualnya, hakak kena lah cari kot internet. Dah dapat manualnya, insya' Allah akan tahu lah apa pekdah dial ni. 

Rupa Hero kat belakang. Wah..siap boleh jahit guna double needle nanti. Suka suka!

 Tu diaaa..dalam seriau-seriau..dapat jugak lah mesin jahit jenis bobbin case kena seluk ke dalam macam ni. Redha sepenuh hati nihhh...free la katakaaaan!

Kelas engkau Hero..tak main slide slide kalau nak keluarkan bobbin case. Kasi angkat je cover dia.

Aksesori serba sikit. Dapat narrow hem foot dan zipper foot. Ok lah tu. Apa-apa hal hakak tak risau pasal Hero ni dia punya footer macam si Kuntum je (low shank) jadi, tak yah nak susah-susah beli baru. 

Tak sabar nak prektis guna Hero. Seperti biasa, bila ada mesin yang baru sampai kat tangan kita, baik mesin baru beli atau yg baru dapat atau yg dah lama beli tapi tersadai tak pernah guna, ambil lah masa berkenalan dan berlatih-latih menjahit dengan jenis-jenis jahitan yang mesin tersebut offer kat kita. Cuba lihat jenis jahitan yang berbeza-beza bila guna tension dan stitch length yang berbeza. 



19 April 2013

Presser Foot Adaptor/ Tapak Mesin Jahit


Good day!

Sejak mula menjahit beberapa bulan dulu, lepas hakak beli mesin baru (belum bagi nama lagi nampaknya ni..) yang datang dengan beberapa aksesori dan tapak extra, hakak pelan-pelan belajar guna tapak-tapak ni satu persatu. Kebanyakannya memang berguna untuk memudahkan kerja menjahit. Suka suka!

Rasanya ramai orang yg ada mesin jahit (abaikan habuk2 halus mulus tu) yang ada presser foot jenis SNAP ON macam gambar kat bawah ni.



Senang guna pasal bila nak tukar tapak, tekan je benda hitam kat belakang tu.

                   
Dah tekan, bedebush 'jatuh' la tapaknya. 

Kalau sapa yang pernah baca kisah mesin jahit lama hakak, si Kuntum, tapaknya pulak jenis SCREW on. 

                   


Presser foot yang jenis kena skru macam ni ada jenis-jenisnya pulak bergantung kepada kedudukan lubang pada 'pemegangnya'. Ada yg  kaki tinggi (high shank), ada jenis kaki rendah/katik  (low shank) dan ada yang menyerong (slanted shank). Kuntum punya jenis low shank. 

Sebelum-sebelum ni bila Ai menjahit guna Kuntum dan dia nak guna tapak lain, nak tak nak dia kena la pindah kerusi dan guna mesin jahit hakak (ok ok..kita kasi nama lah macam ni.. PUYU!!). Kadang hakak tengah syok menjahit, terbantut kejap kerja pasal nak kasi laluan kat dia. Bila nak mula menjahit balik, mood dah hilang..adesss..

Ok..nampak tak rupa dua tapak ni? Satu yang sangkut kat Puyu. Satu lagi skru kat Kuntum. 

Bila dah rasa leceh-leceh asyik tukar-tukar mesin jahit, Seperti biasa, mula la google satu dunia nak tau apa solution kalau ada mesin jahit yg berbeza jenis presser foot ni. Semestinya, tak payah tunggu lama, jumpa apa yang dicari, terus order (oh ebay..I love you!) dan kerja hakak seterusnya ialah tunggu je ketibaan parcel berisi barang ajaib ni. 



Can you see what I see? eheks.. Ni lah dia bendanya..adaptor untuk presser foot si Kuntum. Jap nak tunjuk apa beza kalau jenis yg high shank.. Tengok kedudukan lubang tempat akan diskru nanti.

(credit: google tapi tak ingat dr website mana. Malas nak cari balik hehe)


Maka ini lah dia bendanya. Nampak tak kat gambar atas ni, belah kiri, ada macam penyangkut gitu. Ha situ lah kita akan sangkut atau kasi snap on snap off segala tapak-tapak milik si Puyu kat Kuntum nanti. 

Alang-alang dah tunjuk rupa adaptor ni, jom je lah tengok macammana nak pasang benda ni ke mesin jahit. Tak de complicated apa pun. 
Kasi cabut la dulu presser foot yang asal pada Kuntum. Kena jaga skru kecik tu elok-elok kang tergolek, azab le nak cari kat lantai. 

 Pastu pasang la adaptor ni ketat-ketat. Pilih salah satu tapak yang nak diguna, letak je kat bawah, kira-kira selari la tempat nak sangkut.  

Turunkan presser foot lever kat belakang, bila bunyi 'klik' je, dah confirm tapak pun selamat disangkut..

Bila nak menjahit, angkat je lah ke atas balik presser foot lever, boh kain kat bawah tapak, turunkan balik dan mula lah menjahit mcm biasa. Senangkan?

Bila nak tukar tapak lain, senang je. Tekan je kat tempat mcm hakak pura-pura tekan kat dalam gambar kat bawah ni dan akan terjatuh lah tapak tu. Kalau takut tapak terpelanting ke hapa, turunkan jugak presser foot lever pastu dulu baru tekan 'tuil' kat belakang tu. Kira nanti tapak akan landing dengan baik punya kat feed dog mesin kita. 

Okay..tu je lah. Harap bermanfaat.

Nota kepala lutut: 

1) Harga adaptor ni tak mahal mana pun. Kalau ada terasa mcm mahal , manfaat dia buat kita akan rasa berbaloi beli benda seketul ni. Kalu nak lagi meriah, beli je set penuh siap dgn tapak-tapak lain. 

2) Kalau ada yang berminat nak beli adaptor macam ni, sebelum giat mengorder, kena lah check dulu betul-betul apa jenisnya. High shank kah, low shank kah, slanted shank kah.. karang penat je tunggu barang sampai tengok-tengok silap barang beb..

Ya Allah, jadikanlah kami anak yang soleh kepada ibu bapa kami, pasangan  yang soleh kepada jodoh kami dan umat Muhammad yang sentiasa berselawat untuk baginda, sallallahu 'alayhi wasallam. 




22 October 2012

Shopping Mesin Jahit II

Assalamu^alaykum *sengih*

Setelah banyak malam tidur bangun tidur bangun, pikir pikir dan pikir lagi, maka selesai lah sessi hakak bershopping mesin jahit baru  dan dengan sengaja telah tershopping jugak serger sebijik. Lari bajet wooo! 

Hakak puas hati walaupun mesin baru (Brother) tak canggih mana dan bukan Bernina seperti yg disarankan oleh cikgu Jay. Alhamdulillah. Yang penting, hakak sedar, kalau takat reti menjahit luruuuuus je, tak payah la dulu berkhayal bagai nak bukak kedai dan meniaga kat Etsy! So ini lah dia sang mesin-mesin baru..
Tadaaaaa.. berselirat dan padat sendat meja. Nasib la. Asalkan boleh menjahit. 

Masa first lesson hari tu, sempat lah menjahit lurus, jahit lenggang lenggok dan biasakan diri menekan foot control, main-main dgn tension dan length jahitan yang macam-macam.  First time lah katakan. Pucat lesi rasa lol! 

Bila dah dapat barang baru ni, hakak buat benda sama. Hari-hari lepas balik kerja, bermesra alam dgn mesin ni. Serger pulak, Janome offer free lessons kat kedai dia. Jadi hakak cari masa dan pegi belajar selok belok cara nak guna dan jaga dia. Makcik yg ajar kat kedai Janome tu pesan: 

* belilah sebatang paint brush (beli? dah kidnap anak punya siap2!) untuk buang serdak-serdak kain lepas guna serger. Kalau jaga dari awal, tak de lah benda ni tu nak jem selalu. 
* Lepas penggunaan pukul rata dlm 10 jam, jarum serger elok lah ditukar utk pastikan jahitan yg tip top 
* Sama dgn oiling. Guna sewing machine oil saja (makcik..takkan saya nak guna minyak mazola kot!!)
* Bermesra la dgn manual serger anda! 
* Jarum serger kena dgn fabrik yg sesuai tak leh main taram je. 
* Masa nak guna serger, seeloknya jarum/ pin yang berderet kat basi kain kena bukak. Kalau 'mata pisau' serger tertikam-tikam pin ni, cepatlah rosaknya. Nak mengganti satu hal pulak.  

Tu jelah yg basic Makcik Janome bagitau. Lain-lain dia ajar cara guna dpt jahitan yang berbagai-bagai dan cara nak boh benang ikut turutan (tobat naik pening kepala. Masa depan dia pay attention habis. Sampai je rumah terus lupa semua benda! Standard.. goldfish memory).

Nota kepala lutut: Hari ni blogwalking sana sini. Seronok ah tengok hasil kerja dressmakers satu dunia. 

Jom doa: Ya Rabbi, janganlah Engkau jadikan kami antara orang-orang yang merajakan dunia dan meringankan akhirat. Ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah amalan-amalan kebaikan kami. Amin.

19 October 2012

Shopping Mesin Jahit

Vavavaaaa..  nak menjahit kena la ada mesin jahit beb! Nak jahit tangan pun boleh lagi tapi larat ke?Sebenarnya hakak ada sebijik mesin. Siap bagi nama Kuntum :-). Beli zaman semangat nak belajar tapi semangat je lah yang berasap membaranya. Hari-hari tatap mesin tu tapi tak jugak reti nak gi cari cikgu ke, masuk kelas ke, pura-pura menjahit sarung bantal ke. Memang tak de langsung. Masa tu tahun 2005. 

Hakak rajin berpindah randah. Mana pindah, Kuntum ni pun tekun  berpindah sama-sama. Makin lama lepas satu, satu barang yg hakak dapat masa beli dia ni hilang entah ke mana. Kuntum ni tetap jugak tak digunakan. 

Sampai lah ke tahun 2012. Oh..ni dia Kuntum..



Bila dah gi kelas, balik rumah je hakak bawak turun Kuntum dari tempat pertapaan (berabuk fuh!).  Kasi lap dulu pastu sakan hakak cari foot control dia tapi tak jumpa. Frust menonggeng. Manual lagi lah dah buat bungkus nasik lemak dah gamaknya dolu2. 

Anyway, Kuntum ni dari jenama Singer. Dia mesin yang basic je, betul-betul sesuai utk beginners. Beli pun tak mahal mana masa tu. Setelah difikir-fikir, ada kemungkinan dia ni pun perlu diservis dulu. Sesambil tu, sempat lah hakak cari foot control (ebay! here I come!!)  baru utk Kuntum ni. Ini pun panduan jugak untuk sapa-sapa yang dapat mesin jahit turun temurun atau beli yg second hand. Sebaik-baiknya kasi servis lah dulu sebelum anda mula melenjan mesin baru yang tak berapa baru anda tu. 

Sambung kisah mesin hakak.. bila gi kelas, cikgu bagitau ada kawan dia yg boleh serviskan Kuntum. Lega hakak. Bila boleh siap, cikgu? Seminggu? Dua minggu? Aiseymaaaan.. lamanya!

Setelah ditimbang tara, hakak ambik keputusan, nanti Kuntum dah ok, nak bagi dia kat Ai lah. At least dia ada mesin sendiri. Jadi hakak kena lah cari mesin baru! First and foremost kena lah letak dulu apa features yang kita mahu kalau nak beli mesin jahit. Memandangkan dah ada satu mesin yg asas, elok jugak lah cari yang baru yg ada extra features. Langkah seterusnya, baca reviews kat internet. Zaman internet ni, elok kalau kita baca reviews sebelum beli apa-apa (termasuk book holiday ke, hotel ke..). 2 hari study reviews ni lol.. last-last rasanya tahu apa features yg hakak nak kali ni:

* harga < daripada $300.00 (berazam utk tak lari bajet!)
* automatic 1 step buttonhole (Kuntum ada 4 step buttonhole. Seram.)
* drop in/ quick set bobbin (tengok beza kat sini)
* > daripada 15 stitches (Kuntum ada 10 stitches. Ok la tu tambah sikit lagi)
* snap on presser foot (nak tahu apa bendanya ni tengok post ni)

Next, kita merayau kat kedai untuk 'test drive'. Kadang-kadang kat kedai dorang letak selambak fabrik jadi kita boleh tengok sendiri beza jahitan atas fabrik yg bagai-bagai jenis ni. Pastu boleh dengar sendiri mesin tu jenis riuh ke jenis senyap.

These days, offer yg best-best memang banyak kat internet. Sapa-sapa yg tak kesah shopping kot ni, apa-apahal, pastikan dulu mesin ni datang dgn good warranty. Hakak pun terlintas jugak nak beli kot internet tapi fikir balik, hakak decided nak beli kat kedai jadi kalau ada masalah apa-apa, senang nak rujuk & hantar baiki. Malangnya..bila dah gi kedai, banyak la pulak pilihannya termasuk lah serger @ mesin zig zag yang bagai memanggil-manggil nama hakak.

Satu lagi tip yang berguna, sebaik-baiknya kalau beli your first sewing machine, nanti nak upgrade beli lah dari brand yang sama. Bukan apa, pasal nanti kita menjahit ni mesti akan tambah-tambah accesories/ hem footer (tapak) jadi kalau upgrade brand sama, takde lah kita membazir duit kena beli yg lain pulak. Lain kesahnya dgn hakak ni, mesin lama tak de apa langsung jadi kira tu sekadar utk Ai buat straight stitching/ zig zag asas je lah. Nanti kalu dia nak pasang zip ke butang ke, dia kena la menempel guna mesin jahit baru mak dia ;-)

Balik rumah..kita tidur dulu lah pastu esok-esok kita fikir lagi.

Ya Tuhan kami, lapangkanlah hati kami untuk sentiasa berkongsi ilmu. Semoga manfaatnya dapat kami rasai diakhirat nanti. Amin.


Till then!

17 October 2012

Mengenal Mesin Jahit Anda II

Assalamu^alaykum!

Selamat hari Rabu! Wah panjang kita cerita pasal mesin hasil masuk kelas Cikgu Jay kemarin.

Hari ni, kita revise sikit lagi apa dia dah ajar hakak dan Ai masa gi kelas pertama.

Kat mesin jahit, kalau lihat mesti ada tempat letak bobbin (yg kita boh benang bawah). Ada sesetengah mesin jahit dok sini tempatnya:

 Jenis ni hakak ngeri sikit lol!

Yang jenis drop-in ni senang dibawak masuk majlis. Hakak suka yang ni. 

Bobbin jugak ada lain-lain jenis dan saiz. Ada jenis metal dan ada jenis plastik. Ketinggian bobbin pun lain-lain. Jadi, tak leh main taram je kalau nak beli. Kena tau lah saiz (tgk kat manual mesin jahit) baru boleh beli. Tip yang cikgu bagi, kalau kita beli mesin jahit dan bobbin yang datang dlm bobbin case tu jenis metal, maka pas-pas ni kalau nak tambah bobbin, beli lah jugak yang metal. Kalau datang dgn yg plastik punya, maka beli lah bobbin tambahan yang plastik jugak. Hikmah disebalik kejadian hakak tak pulak tanya dia hari tu.


Metal bobbins


Plastic bobbins pun ada 'ketinggian' yang berbeza tau. So, kalau nak beli stock banyak2, kena check dulu dr saiz asal bobbin yg datang free bila kita beli/ dapat mesin jahit kita. Macam mesin hakak, si Kuntum punya bobbin pendek sikit dr si Puyu punya. Si Hero pulak datang dengan metal bobbins. So kena pandai2 lah tambah koleksi saiz yang berbagai. 

Sambung kisah mesin jahit. Dulu masa belum belajar, hakak memang ingat hand wheel tu kita boleh pusing ikut suka. Ke depan boleh ke belakang boleh. Rupanya kalau nak guna hand wheel tu, kena pusing ke arah kita (ala2 lawan jam la) je! Jap jap mana rupa hand wheel..

Ni dia hand wheel

Orang yang langsung tak tau anatomi mesin jahit (macam hakak dulu) memang tak pernah fikir benda-benda ni. Kita guna hand wheel ni bila contohnya kita nak jahit macam ni : 


bila sampai kat bucu dan kita nak jahit sikit je lagi tapi tak nak terbabas sebelum proceed jahitan lurus seterusnya. Masa ni lah kita guna hand wheel utk 2-3 stitch terakhir sebelum kita pusing kedudukan kain. Apa-apa hal, kena ingat, PUSING HAND WHEEL TOWARDS YOU dan bukan ke arah sana!  

Rupanya tak lah susah pun nak belajar menjahit. Yang hakak dok seram tak pasal-pasal apa kes. Bila dah rasa 'kenal' sikit mesin jahit, rasa makin seronok. Yang penting bila kita berhubung dgn mesin jahit ni, jangan dok campak merata MANUALnya. Nasib lah zaman internet ni, kalau hilang, buleh je nak download manual mesin jahit ni tapi syaratnya kena lah tahu apa model mesin kita tu. Ada sesetengah website boleh download free tapi ada yang cas lah, bergantung kepada jenis mesin kita.

Ada sikit lagi dia ajar masa first lesson ni. Oh! Dia sempat bagitau barang-barang keperluan asas bila belajar menjahit. Next entry lah. 

Sebelum lupa, jom kita sama-sama berdoa kita sentiasa tegar hati dalam menunaikan segala kewajipan kita kepada Ar-Rahman. 

(kredit semua gambar-gambar: Mr G)


16 October 2012

Mengenal Mesin Jahit Anda I

Hello hello! Hakak dok telek-telek buku nota ni. Lagi telek rasa lagi seronok dapat peluang belajar menjahit walaupun kayuh sangat lah dengan pelan-pelannya. 

Okay la jom story apa Cikgu Jay ajar masa gi first lesson dengan dia.

Mula-mula dia dudukkan hakak dgn Ai depan mesin jahit. Hambik! Tak main jahit insang pari, pari tak de insang punya..terus duduk depan mesin! Anyway, dia tunjuk kat kami mesin jahit secara umum dan terangkan pasal kedudukan benda-benda kat mesin jahit tu. Dia terangkan  pasal:
  • tension control
  • stitch length
  • stitch width
  • jenis-jenis jahitan (straight stich, zig-zag, etc)
Cikgu Jay jugak masa tu dia ambik peluang untuk bagitau kami pasal mesin jahit. Dia bagitau, dalam dunia menjahit, brand Bernina (Made in Switzerland) kira macam brand yang paling gah. Harga pun gah lah jugak. Adik tiri Bernina, Bernette murah sikit tapi nama takleh challenge Bernina lah kan. Nak kata dasat Bernina ni, kalu 40 tahun dulu harga mesin ni $500, la ni pun masih $500. Kat ebay masih ada orang let go Bernina versi klasik ni. Harga, bajet-bajet lah dalam $200 ke atas. Biasanya kalau menang bidding, kena la hantar servis dulu nak pastikan semua ok. Tapi sekali mesin dah jalan, memang best. Smooth je. You will be sewing like a dream, orang putih kata. 

 Bernina lama. Jenis gini ada-ada je muncul orang lelong kat ebay.
 Salah satu Bernina zaman la ni. Kalu rajin nak skodeng, gi www.bernina.com

Ni contoh Bernette. Yang ni ringan, dlm 6.2kg je beratnya. Kalau nak bawak pindah randah, sesuai!

Nasihat cikgu, mula-mula belajar ni, tak payah lah dulu nak beli mesin jahit yang ada berbagai-bagai sangat jenis jahitannya atau yg computerised. Dlm banyak kes, tak guna pun jahitan yg macam-macam tu. Harga mesin je jadi mahal. Kira tak berbaloi sgt. Sama dengan apa bloggers lain dok kata bila hakak google. Pendapat standard dunia jahitan la kiranya. 

Walau bagaimanapun, brand lain pun bagus. Singer, Brother, Janome, Huzqvarna, Elna, Pfaff (to name a few) semua ada reputasi tersendiri. Macam mak hakak, dia tak pandang brand lain, setia dgn Singer dari dulu. Lagi power, mesin dia kena kayuh dgn kaki lagi! Sampai laaaaa ni lah masih dok mengayuh!

Anyway, itu lah dia. Lain orang, lain bajet, lain keperluan. Ada yang nak menjahit benda-benda mudah je, ada yang nak panjangkan ke menyulam. Ada yang memang nak belajar pastu nak guna ilmu dan mesin tu sebagai sumber pendapatan. Jadi balik pada niat awal dan keperluan, masa dok survey-survey nak beli mesin jahit, kalau nak melabur besar-besaran terus, why not? Cuma macam hakak, tak leh nak janji kat diri sendiri kalau beli yg ribu riban harganya, akan balik modal :-)! Jadi, dari awal-awal lagi, dah letak bajet  kalau beli mesin baru, akan beli yg sangatlah simple dan bajet tak lebih dari $300.

(kredit gambar-gambar: Mr G)

Nota kepala lutut: $ mentioned here is in AUD.

 ..to be continued..

Kalau ada seminit, mari kita sama-sama berdoa agar kita semua berjaya didunia dan terutama sekali diakhirat ya? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...