Rasa macam baru update Kyoko Dress hari tu tapi rupa-rupanya dah berbulan blog hakak ni kekejungan. Sebenarnya selama itu lah hakak tak sempat nak jahit perabis bermacam-macam projek. Bermula dengan urusan nak berpindah rumah, pastu hakak tak ada kat dalam negara selama dua bulan, pastu masuk rumah baru dan macam-macam lagi drama swasta lain, maka selama itu lah mesin-mesin jahit terchenta hakak dok bertenggek dalam gelap. Hati dah tak sabar nak keluarkan mesin 3 beradik + mesin zig zag dari alam stor tu..
Semasa dalam proses ke sana kemari dua bulan hari tu sempat lah hakak masuk keluar berbagai kedai fabrik dan macam-macam kedai yang sewaktu dengannya. Tengok buku-buku pattern, pesen masyarakat setempat dan masuk kedai mesin jahit. Gerrrammmnyaaa comel-comel belaka tapi biasalah, tak kuasa nak kasi beg beranak jadi hakak tahan hati dan telan air liur saja lah. Cer tengok mesin ni..macam candy kan?
Kejam punya comel kan?
Bukan mahal sangat pun. Ada yang mini dan ada yang saiz mak-mak. Mesin jahit mini tu hakak angkat letak angkat letak, bayang-bayang berapa bijik dah beg kat hotel, pastu siap turun gi floor lain, try kasut bagai, naik balik floor ni, angkat letak lagi pastu last-last hakak istighfar pastu hakak keluar John Lewis dan jalan terus tak pusing belakang dah. Adoi ingat senang ke? Geram kat warna warna yang buat hakak rasa nak makan mesin-mesin tu. So, sapa-sapa kat UK, sapa-sapa ada kawan atau sedara mara, jiran atau pak gad yang rapat dengan korang yang nak gi London ke, sila laaaa kirim mesin jahit comel tak hengat ni!
Anyway, in sya' Allah bila semua dah settle, hakak akan start semula menjahit dan share dalam blog ni projek-projek kecil hakak ok? Do'akan.
No comments:
Post a Comment