17 June 2013

Kyoko Dress

Assalamu'alaykum..

Wah..kedengaran kejepunan nama dress kita kali ni. Dalam berlari ke hulu ke hilir, sempat siapkan Kyoko dress ni untuk cik adik bongsu. Pattern dah lama ada cuma kain yang dok tersorok dlm plastic bag sekian lama semua macam tak berapa sesuai nak buat Kyoko dress ni.

Proses memotong, menjahit, boh bias semua sgt straight forward je. Ikut hati nak buat bias sendiri tapi dah anak nak sgt pakai baju baru, guna je bias yg sedia ada dlm gobok. Jap sebelum kita cerita pot pet pot pet lagi pasal Kyoko dress ni, jamu mata jom..


Tu dia.  Masa posing ni, hari sejuk. Sarung je lah boots buruk dia. Sebenarnya patut jahit obi untuk baju ni tapi kebetulan dah ada sash merah yg dah jahit hari tu. Kan dah kata..dia nak pakai jugak jugak dress baru ni jadi, guna lah sash tu. Insya' Allah hari lain blh buat obi belt untuk dress ni.
 


 

 
Ni gambar masa dok nak attach bias kat hujung lengan baju dan bahagian tengkuk/ dada. Sebelum ni kalau nak attach bias, hakak selalu guna teknik lain tapi kali ni buat teknik bijak bestari ni pulak. Hakak bukak bias tu pastu letak sama edge bahagian kain (betul, bukan terbalik) dengan bias. Pin smart-smart pastu jahit je lurus ikut garisan lipatan yg first tu. Masa ni la kasih sayang hakak kepada edge joining foot tu bertambah-tambah rasanya. Nak guna tapak standard ok je. Insya' Allah tetap lurus jahitan dari mula sampai ke hujung.

 
Pastu tu, lipat je bias tu ke sebelah dalam (belah kain terbalik) mcm biasa. Pastikan kedudukan bias belah dalam tu ter'over' sikit kedudukannya daripada jahitan yg dibuat tadi pastu kemaskan dgn jarum. Balik semula ke belah luar, pastu ejas kedudukan jarum betul2 biar bila jahit, jarum masuk ke celah2 antara bias dan kain (stitch in the ditch). Dari pengalaman jahit dress ni, memang teknik ni sangat memudahkan dan bila habis jahit bias, boleh terus press dengan iron kasi kemas.
 
Satu cara lagi, kalau tak nak guna teknik 'stitch in the ditch' macam ni, boleh jahit guna teknik topstitching. Jahitan akan 'tangkap' bias belah dalam dan kat belah luar ada satu garisan lagi jahitan lurus. Apa-apa hal berlatih dulu sebelum tikam kain cantik kita. Dua-dua cara hakak dah cuba dan takat ni, hasil ok.
 
Sekarang tengah siapkan satu lagi Kyoko dress. Dah siap kita cerita lagi. Harap-harap this time dia dapat tunggu sampai obi siap jugak baru boleh bergaya.
 
Ta...!
 
p/s Ya Tuhan, tetapkan kami didalam aqidah ahlusunnah wal jama'ah sehingga ke akhir hayat kami.
 
 
 

5 June 2013

Magnetic Pin Cushion

Dah June. Cepatnya!

Semalam balik kerja singgah kedai. Nak beli benda lain, balik bawak benda lain. Standardlah tu. Hakak sebenarnya dah niat nak bersara dari menambah benda-benda menjahit ni pasal rasanya dah ada macam-macam tapi bila tengok benda ni rasa ada guna dia. So, hasil teringat nasihat cikgu Jay, hakak pun beli lah magnetic pin cushion ni.


Kenapa beli magnetic pin cushion (keras je..kalau cushion kita mesti fikir lembut2 jenis bantal hehe)? 

1) hakak jenis bersepah kalau menjahit. Bersepah benang, bersepah jarum, bersepah kain .. Tak lalu nak pandang ruang menjahit bila dah start memotong, menjahit dan menetas benang hasil jahitan huru hara. Huyoo..

2) rumah ada kucing. Selalu jarum bersepah kat carpet, kat lantai. Nak kutip satu persatu, mata tua ni ada saja terlepas pandang. Hasil menyaksikan beberapa kali cubaan kucing nak MAKAN jarum-jarum ni, maka tak syak lagi memang berguna magnetic pin cushion ni. 


Tips: Bila nak kutip jarum kat lantai, senang je. Terbalikkan aje pin cushion ni bawak lalu kat kawasan jarum bersepah then, dah tentulah jarum2 akan terus melekat situ. Selamatlah kucing (dan sapa2 ada anak kecik) dari tertikam jarum dalam tekak! 

Ruang keliling pin cushion ni boleh je nak boh apa2. Butang ke, hook ke, small pins ke. Suka suka!

Sapa rasa rajin dan tak kuasa nak membeli2 serta rajin ber DIY, tak yah risau. Hakak ada jumpa satu website ajar camana nak buat magnetic plate/ pin cushion ni. Gi je sini. Nak dipendekkan cerita, apa yg diperlukan ni je: 

  1. piring or pinggan lauk (pinggan nasi tak mau laaaa)
  2. 3-4 ketul magnet buttons yg hitam tu. Kalau gi kedai craft selalunya mesti ada jual magnet bulat kecik2 ni
  3. Gam gajah! 
Cara:

Titik glue tu kat bawah piring pastu lekatkan magnet. Kasi set pastu boleh la guna. Jangan lah boh magnet beria banyak sgt pasal nanti terover mesra pulak la jarum-jarum dok lekat kat piring tu. 

Anyway, bagus idea ni. Hakak tak try pun pasal lepas beli magnetic pin cushion biru tu, baru terjumpa projek DIY bertuah ni. So, tak de lah boleh boh gambar ke hapa tapi kalau gi website tu, boleh la imagine eh? 

Au Revoir! 


Ya Rabbi, peliharalah lidah kami dari berkata perkara yang sia-sia hari ini. Sesungguhnya diam itu lebih baik daripada berkata perkara yang sia-sia. 


3 June 2013

Mesin Jahit Second Hand

Selamat menyambut Isra' wal Mi^raj! Seronoknya berkumpul di atas sejadah lepas Maghrib dengan anak-anak bercerita tentang salah satu mukjizat Rasululllah, sallallahu ^alayhi wasallam yang tercinta. Semoga bertambah keimanan kita terhadap Allah subhanahu wa ta^ala.

Haa..nak jadi cerita, dapat hadiah tak tersangka pulak. Cikgu Jay dengan baik hati telah menalipon dan menanya kot2 hakak teringin nak mesin jahit free!! Dia kata, dia dapat ni daripada mak kawan dia dan mesin ni, Cikgu Jay dah siap hantar servis (jangan lupa pesanan penaja dlm post hakak sebelum ni iaitu, kalau kita nak guna mesin jahit yg dah lama tak digunakan, baik hantar servis dulu. Berbaloi bayar sikit tapi lepas tu tak de sakit kepala dah pasal mesin kita dah boleh bekerja 100%). Cikgu Jay bagitau, dia teringat nak offer kat anak murid cemerlang dia (hehe..) ni pasal dia tahu si Kuntum hakak tu mesin jahit yg sangat laju. Sekali tekan pedal, hakak rasa macam driver Formula 1! Fuh... Mesin yang dia nak bagi ni, sangat lah tak kalut. Kira memang idaman hakak. Cuma satu je, mesin free ni umur dia lama. Dari tahun 70an. Tu diaaaa...  

Anyway, dengan takde perasaan ragu-ragu hakak terus setuju untuk pegi ambik HERO (dan2 kasi nama) dari rumah cikgu kesayangan hakak ni. 

Jeng jeng jeng!! Ini lah dia HERO.


 Rupanya dia brand Janome. Bagus bagus!

Masa kat rumah Cikgu Jay, dia sempat ajar hakak camana nak guna si Hero. Senang sangat pasal kita ikut je colour coding tu. Hjau (jenis jahitan - fuh..overlock pun ada!), biru tua (kedudukan jarum) dan merah (as stated, stitch length). 

Siap ada slot nak letak barang2. Elok la pasal hakak ni kalau menjahit, Ya Rabbi bersepah!

Dial ni sangat misteri pada hakak. Tapi Cikgu Jay kata, memandangkan tuan asal Hero dah kasi hilang manualnya, hakak kena lah cari kot internet. Dah dapat manualnya, insya' Allah akan tahu lah apa pekdah dial ni. 

Rupa Hero kat belakang. Wah..siap boleh jahit guna double needle nanti. Suka suka!

 Tu diaaa..dalam seriau-seriau..dapat jugak lah mesin jahit jenis bobbin case kena seluk ke dalam macam ni. Redha sepenuh hati nihhh...free la katakaaaan!

Kelas engkau Hero..tak main slide slide kalau nak keluarkan bobbin case. Kasi angkat je cover dia.

Aksesori serba sikit. Dapat narrow hem foot dan zipper foot. Ok lah tu. Apa-apa hal hakak tak risau pasal Hero ni dia punya footer macam si Kuntum je (low shank) jadi, tak yah nak susah-susah beli baru. 

Tak sabar nak prektis guna Hero. Seperti biasa, bila ada mesin yang baru sampai kat tangan kita, baik mesin baru beli atau yg baru dapat atau yg dah lama beli tapi tersadai tak pernah guna, ambil lah masa berkenalan dan berlatih-latih menjahit dengan jenis-jenis jahitan yang mesin tersebut offer kat kita. Cuba lihat jenis jahitan yang berbeza-beza bila guna tension dan stitch length yang berbeza. 



23 April 2013

Edge joining foot (Tapak favourite nihhh!)

Hola!

Tengok-tengok April dah dekat nak habis. Subhanallah! 

Hari ni saja nak cerita pasal tapak mesin jahit yang paling hakak suka. Kiranya dalam banyak-banyak tapak yang tak banyak mana ni, yang ni kira berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan tapak standard tu. Nama orang putihnya Edge Joining Foot. 

Masa belajar menjahit dengan Cikgu Jay hari tu, bila buat night dress ni, bila tiba masa nak jahit leher baju, dia dengan bangganya mengeluarkan tapak ni dan suruh hakak cuba guna. Terasa betapa ajaibnya pasal sedap je 'sandarkan' kain kat tengah tu dan terus je jahit. Masa tu lah dia bagitau yang punya lama dia belajar menjahit, dia sendiri baru tahu pasal tapak ni beberapa tahun lepas dan tak segan silu menggunakannya setiap masa. Dalam banyak-banyak projek menjahit, sebenarnya kalau guna tapak standard tu ok je, kerja tetap cantik (kalau tak terketar2 mcm tangan hakak ni) tapi kalau guna tapak ni kerja jadi lagi mudah la pasal kita menjahit pun macam ada 'guide' gitu. 

Ini lah rupa edge joining foot. Hakak beli ni kat ebay je lepas balik dari kelas Cikgu Jay (tak de tunggu-tunggu dah! Semangat kaaaan!)


Kegunaan edge joining foot ni banyak sebenarnya. Mungkin ada lagi yang belum sampai ke pengetahuan hakak. Takat yang dah sampai ni kira dah cukup tip top dah pada pendapat hakak (yang baru belajar nehh!)

Contoh kegunaan edge joining foot, antaranya macam gambar bawah ni. Apa-apa hal, jangan lupa ejas kedudukan jarum. Test dulu pelan2 mana jarum tu akan tikam kain tu. Dah puas hati baru lah start jahit betul-betul. Sebenarnya dua-dua belah boleh guna iaitu samada nak jahit 'sandar' kain belah kanan atau kiri. Yang penting, kedudukan jarum mesti diejas betul-betul dulu. 


Tengok gambar jahitan  bawah tu. Kemas kan? Walau baru menjahit sebulan pun, kalau ada edge joining foot ni, nampak macam dah biasa menjahit je kerja kita.


Ni hakak pura-pura jahit kaki baju. Dah siap, memang elok depan belakang. Kalau guna tapak standard pun, pasti ok cuma kebarangkalian nak terbabas bila terhilang fokus memang ada  hehe. 


Contoh satu lagi, macam hasil kerja terbaru hakak ni. Ada buat dress untuk anak bongsu. Nak pulak dia boh tali pinggang/ sash. Biasa lah anak pompuan. Cari-cari dalam internet, jumpa satu website ni (http://skyturtle.net/how-to-make-your-own-fabric-sash/) ajar nak buat benda ni. Senang je rupanya. Tum peletum...maka siaplah. Syukur ada edge joining foot ni (puji lagi sekali!!), kerja cepat siap dan dengan perasannya, rasa puas hati tengok kerja menjadi elok.


Merah you!


Panjang jugak la nak menghabiskan tapi tak rasa pun nak terkeluar bijik mata masa menjahitnya. 


Boleh la kan? Kemas. 

Nanti-nanti kalau hakak sempat, boleh boh lagi contoh kegunaan lain edge joining foot ni seperti bila nak buat top stitching, nak jahit bias kasi nampak handsome, sebagai guide bila nak jahit zig zag (tak guna serger) dan apa-apa saja lagi yang hakak sendiri pernah try dan menjadi elok. 

So, sapa-sapa yang rasa ada dapat tapak ni masa beli mesin jahit dan belum pernah cuba, sila dipersila  keluarkan tapak yang best ni dari simpanan dan cuba guna. Dijamin once tahu apa manfaatnya, korang mesti akan guna tapak ni selalu. Kalau belum ada, boleh lah beli. Tak rugi. Kalau nak teruskan guna je tapak standard, no problem pun. Tak yah bazir duit dak? 

Take care. 


Ya Tuhan kami, jangan lah Engkau jadikan pekerjaan dalam kehidupan harian kami sia-sia belaka. Sesungguhnya dunia ini nilainya sekadar seberat sayap serangga sahaja. Setiap langkah dalam urusan kami, semoga ia membawa kepada pahala..dan dijauhkan ia daripada menjadi penambah beratnya timbangan dosa. Amin.

19 April 2013

Presser Foot Adaptor/ Tapak Mesin Jahit


Good day!

Sejak mula menjahit beberapa bulan dulu, lepas hakak beli mesin baru (belum bagi nama lagi nampaknya ni..) yang datang dengan beberapa aksesori dan tapak extra, hakak pelan-pelan belajar guna tapak-tapak ni satu persatu. Kebanyakannya memang berguna untuk memudahkan kerja menjahit. Suka suka!

Rasanya ramai orang yg ada mesin jahit (abaikan habuk2 halus mulus tu) yang ada presser foot jenis SNAP ON macam gambar kat bawah ni.



Senang guna pasal bila nak tukar tapak, tekan je benda hitam kat belakang tu.

                   
Dah tekan, bedebush 'jatuh' la tapaknya. 

Kalau sapa yang pernah baca kisah mesin jahit lama hakak, si Kuntum, tapaknya pulak jenis SCREW on. 

                   


Presser foot yang jenis kena skru macam ni ada jenis-jenisnya pulak bergantung kepada kedudukan lubang pada 'pemegangnya'. Ada yg  kaki tinggi (high shank), ada jenis kaki rendah/katik  (low shank) dan ada yang menyerong (slanted shank). Kuntum punya jenis low shank. 

Sebelum-sebelum ni bila Ai menjahit guna Kuntum dan dia nak guna tapak lain, nak tak nak dia kena la pindah kerusi dan guna mesin jahit hakak (ok ok..kita kasi nama lah macam ni.. PUYU!!). Kadang hakak tengah syok menjahit, terbantut kejap kerja pasal nak kasi laluan kat dia. Bila nak mula menjahit balik, mood dah hilang..adesss..

Ok..nampak tak rupa dua tapak ni? Satu yang sangkut kat Puyu. Satu lagi skru kat Kuntum. 

Bila dah rasa leceh-leceh asyik tukar-tukar mesin jahit, Seperti biasa, mula la google satu dunia nak tau apa solution kalau ada mesin jahit yg berbeza jenis presser foot ni. Semestinya, tak payah tunggu lama, jumpa apa yang dicari, terus order (oh ebay..I love you!) dan kerja hakak seterusnya ialah tunggu je ketibaan parcel berisi barang ajaib ni. 



Can you see what I see? eheks.. Ni lah dia bendanya..adaptor untuk presser foot si Kuntum. Jap nak tunjuk apa beza kalau jenis yg high shank.. Tengok kedudukan lubang tempat akan diskru nanti.

(credit: google tapi tak ingat dr website mana. Malas nak cari balik hehe)


Maka ini lah dia bendanya. Nampak tak kat gambar atas ni, belah kiri, ada macam penyangkut gitu. Ha situ lah kita akan sangkut atau kasi snap on snap off segala tapak-tapak milik si Puyu kat Kuntum nanti. 

Alang-alang dah tunjuk rupa adaptor ni, jom je lah tengok macammana nak pasang benda ni ke mesin jahit. Tak de complicated apa pun. 
Kasi cabut la dulu presser foot yang asal pada Kuntum. Kena jaga skru kecik tu elok-elok kang tergolek, azab le nak cari kat lantai. 

 Pastu pasang la adaptor ni ketat-ketat. Pilih salah satu tapak yang nak diguna, letak je kat bawah, kira-kira selari la tempat nak sangkut.  

Turunkan presser foot lever kat belakang, bila bunyi 'klik' je, dah confirm tapak pun selamat disangkut..

Bila nak menjahit, angkat je lah ke atas balik presser foot lever, boh kain kat bawah tapak, turunkan balik dan mula lah menjahit mcm biasa. Senangkan?

Bila nak tukar tapak lain, senang je. Tekan je kat tempat mcm hakak pura-pura tekan kat dalam gambar kat bawah ni dan akan terjatuh lah tapak tu. Kalau takut tapak terpelanting ke hapa, turunkan jugak presser foot lever pastu dulu baru tekan 'tuil' kat belakang tu. Kira nanti tapak akan landing dengan baik punya kat feed dog mesin kita. 

Okay..tu je lah. Harap bermanfaat.

Nota kepala lutut: 

1) Harga adaptor ni tak mahal mana pun. Kalau ada terasa mcm mahal , manfaat dia buat kita akan rasa berbaloi beli benda seketul ni. Kalu nak lagi meriah, beli je set penuh siap dgn tapak-tapak lain. 

2) Kalau ada yang berminat nak beli adaptor macam ni, sebelum giat mengorder, kena lah check dulu betul-betul apa jenisnya. High shank kah, low shank kah, slanted shank kah.. karang penat je tunggu barang sampai tengok-tengok silap barang beb..

Ya Allah, jadikanlah kami anak yang soleh kepada ibu bapa kami, pasangan  yang soleh kepada jodoh kami dan umat Muhammad yang sentiasa berselawat untuk baginda, sallallahu 'alayhi wasallam. 




5 April 2013

Mencari kain di Dongdaemun, Seoul

Wah wah wah.. lama betul menyorok ;-). Apa khabar dunia?

Hari tu, hakak gi Seoul. Bulan 12 hari tu. Pegi kejap je.


Selamat mendarat kat Incheon Airport

Alang-alang pegi, sempat la cari fabrik semeter dua kat Dongdaemun. Eh.. takkan la semeter dua dak? Anyway, seronok lah heret si bongsu naik turun subway, jalan jalan dan jalan lagi. Gamak-gamak turun berat sekilo dua. Sekilo dua je lah.. eheks.

Biasa lah, belum pegi mesti lah kita study dulu segala map, other blogs dan target dan budget apa nak cari. Kebarangkalian untuk rambang mata dan sekaligus terkopak-kopak purse memang besar jadi baik lah budget siap-siap.

Nak gi ke Dongdaemun senang je, naik subway, Line 1, 4 berenti kat Dongdaemun Station, ambik exit 8 atau 9. Dongdaemun Shopping Complex ni sebelah JW Marriott Hotel (gi hari tu hotel tak siap lagi).Tempat-tempat lain pun banyak jual kain tapi hakak kan gi kejap je, jadi tak sempat nak rewang sana sini sangat.

Bapak punya lah besar Dongdaemun Shopping Complex/ Shopping Town ni. Kedai tak lah banyak, dlm lebih kurang 5000 unit je!! Adeiii.. rambang lubang mata hakak! Pastu bertingkat-tingkat dan ada block A-D. Ingat-ingat lupa, tingkat 3 & 4 sila pening tengok kain cotton. Nak butang, lace bagai naik tingkat 5. Benang, hanbok, zip adoi sebut je apa nak yg kait mengait dengan menjahit, serba ada. Tapi kain sini standard lah, ikut season. Lagi satu, dorang tak jual ikut meter. Jual guna yard.  

Meh tengok si bongsu teman shopping..



 Pilih! pilih! Amboi besar bunga kat kepala! 


Tak larat nak boh gambar butang banyak selaut!


Nak lace halus? lace besar tapak kaki gajah? Semua ada..


Lorong aiyakkk sempit gak lah. Pastu kita kan gi winter, Kat luar sejuk (hari tu -5C),. Masuk dlm kedai, panas lorrr heater full blast gamaknya. Dah jadi sakit kepala! Tapi sakit kepala kejap je lah murekeke.. sekali tengok kekainan yg gojes2..terus pulih seperti sediakala lol!


Kat sini ada banyak fabric samples. Kalu tak silap hakak, kalu kita nak beli banyak, boleh je kita call kedai yg tempat kita ambik samples tu, order apa yg kita nak then barang akan dihantar ke hotel/ tempat kita menginap pada hari yg sama (bergantung kepada masa kita order tu lah) Sapa-sapa yang nak dapatkan info lebih, boleh la kot contact students/ pemastautin tetap Malaysia yang ramai kat Seoul.

Seperti biasa, beli lagi banyak, dapat la diskaun yg bagus. Takat mcm hakak beli cukup-cukup muat beg kecik, pastu tak reti pulak nak spiking spiking korean, maka tak dapat la harga mengecut maut-maut.

Macam shopping centre lain, kat sini pun ada tempat makan minum & toilet pun ok. Sebelum lupa, hari Ahad, tempat ni tutup.

Idea ada macam-macam nak menjahit. Bila dah sampai rumah, biasalah, berminggu kain dok dalam beg. Nanti dah siap jadi apa-apa kita share la gambar yaaaa..!!

So, untuk sapa-sapa yang suka menjahit, kalau terbabas ke Seoul, boleh la gi sekali fabric shopping. Memang ternganga-nganga dan idea merembes-rembes bila tengok kain kain kain dan kain kiri kanan depan belakang macam kat sini. 



(Gambar menyelit) On the way dari Gangnam-gu ke airport, nampak building n, siap ada orang(!) lidi memanjat melepak. Cute weh!

Ya Rabbi, jadikan kami orang yang sentiasa taat dan tidak putus harap kengan rahmatMu. Amin.

Nanti jumpa lagi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...