3 June 2013

Mesin Jahit Second Hand

Selamat menyambut Isra' wal Mi^raj! Seronoknya berkumpul di atas sejadah lepas Maghrib dengan anak-anak bercerita tentang salah satu mukjizat Rasululllah, sallallahu ^alayhi wasallam yang tercinta. Semoga bertambah keimanan kita terhadap Allah subhanahu wa ta^ala.

Haa..nak jadi cerita, dapat hadiah tak tersangka pulak. Cikgu Jay dengan baik hati telah menalipon dan menanya kot2 hakak teringin nak mesin jahit free!! Dia kata, dia dapat ni daripada mak kawan dia dan mesin ni, Cikgu Jay dah siap hantar servis (jangan lupa pesanan penaja dlm post hakak sebelum ni iaitu, kalau kita nak guna mesin jahit yg dah lama tak digunakan, baik hantar servis dulu. Berbaloi bayar sikit tapi lepas tu tak de sakit kepala dah pasal mesin kita dah boleh bekerja 100%). Cikgu Jay bagitau, dia teringat nak offer kat anak murid cemerlang dia (hehe..) ni pasal dia tahu si Kuntum hakak tu mesin jahit yg sangat laju. Sekali tekan pedal, hakak rasa macam driver Formula 1! Fuh... Mesin yang dia nak bagi ni, sangat lah tak kalut. Kira memang idaman hakak. Cuma satu je, mesin free ni umur dia lama. Dari tahun 70an. Tu diaaaa...  

Anyway, dengan takde perasaan ragu-ragu hakak terus setuju untuk pegi ambik HERO (dan2 kasi nama) dari rumah cikgu kesayangan hakak ni. 

Jeng jeng jeng!! Ini lah dia HERO.


 Rupanya dia brand Janome. Bagus bagus!

Masa kat rumah Cikgu Jay, dia sempat ajar hakak camana nak guna si Hero. Senang sangat pasal kita ikut je colour coding tu. Hjau (jenis jahitan - fuh..overlock pun ada!), biru tua (kedudukan jarum) dan merah (as stated, stitch length). 

Siap ada slot nak letak barang2. Elok la pasal hakak ni kalau menjahit, Ya Rabbi bersepah!

Dial ni sangat misteri pada hakak. Tapi Cikgu Jay kata, memandangkan tuan asal Hero dah kasi hilang manualnya, hakak kena lah cari kot internet. Dah dapat manualnya, insya' Allah akan tahu lah apa pekdah dial ni. 

Rupa Hero kat belakang. Wah..siap boleh jahit guna double needle nanti. Suka suka!

 Tu diaaa..dalam seriau-seriau..dapat jugak lah mesin jahit jenis bobbin case kena seluk ke dalam macam ni. Redha sepenuh hati nihhh...free la katakaaaan!

Kelas engkau Hero..tak main slide slide kalau nak keluarkan bobbin case. Kasi angkat je cover dia.

Aksesori serba sikit. Dapat narrow hem foot dan zipper foot. Ok lah tu. Apa-apa hal hakak tak risau pasal Hero ni dia punya footer macam si Kuntum je (low shank) jadi, tak yah nak susah-susah beli baru. 

Tak sabar nak prektis guna Hero. Seperti biasa, bila ada mesin yang baru sampai kat tangan kita, baik mesin baru beli atau yg baru dapat atau yg dah lama beli tapi tersadai tak pernah guna, ambil lah masa berkenalan dan berlatih-latih menjahit dengan jenis-jenis jahitan yang mesin tersebut offer kat kita. Cuba lihat jenis jahitan yang berbeza-beza bila guna tension dan stitch length yang berbeza. 



2 comments:

  1. Assalam kak lin.

    Seronoknya dapat mesin jahit. Free lagi u.
    Tang slot nak letak barang tu yang best, kalau mel jahit, entah mana2 sepah jarum bobbin semua.

    Kena tambah rajin lagi ni sebab dah tambah mesin jahit..Ada sape2 nak bagi mel mesin jahit free juga tak?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamon mel..kamon..ni tengah semangat tak mau nak cakap! dapat kak lin rasakan blog ni bakal meriah tak pasal2 dengan projek2 baru hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...