Showing posts with label Kain. Show all posts
Showing posts with label Kain. Show all posts

5 April 2013

Mencari kain di Dongdaemun, Seoul

Wah wah wah.. lama betul menyorok ;-). Apa khabar dunia?

Hari tu, hakak gi Seoul. Bulan 12 hari tu. Pegi kejap je.


Selamat mendarat kat Incheon Airport

Alang-alang pegi, sempat la cari fabrik semeter dua kat Dongdaemun. Eh.. takkan la semeter dua dak? Anyway, seronok lah heret si bongsu naik turun subway, jalan jalan dan jalan lagi. Gamak-gamak turun berat sekilo dua. Sekilo dua je lah.. eheks.

Biasa lah, belum pegi mesti lah kita study dulu segala map, other blogs dan target dan budget apa nak cari. Kebarangkalian untuk rambang mata dan sekaligus terkopak-kopak purse memang besar jadi baik lah budget siap-siap.

Nak gi ke Dongdaemun senang je, naik subway, Line 1, 4 berenti kat Dongdaemun Station, ambik exit 8 atau 9. Dongdaemun Shopping Complex ni sebelah JW Marriott Hotel (gi hari tu hotel tak siap lagi).Tempat-tempat lain pun banyak jual kain tapi hakak kan gi kejap je, jadi tak sempat nak rewang sana sini sangat.

Bapak punya lah besar Dongdaemun Shopping Complex/ Shopping Town ni. Kedai tak lah banyak, dlm lebih kurang 5000 unit je!! Adeiii.. rambang lubang mata hakak! Pastu bertingkat-tingkat dan ada block A-D. Ingat-ingat lupa, tingkat 3 & 4 sila pening tengok kain cotton. Nak butang, lace bagai naik tingkat 5. Benang, hanbok, zip adoi sebut je apa nak yg kait mengait dengan menjahit, serba ada. Tapi kain sini standard lah, ikut season. Lagi satu, dorang tak jual ikut meter. Jual guna yard.  

Meh tengok si bongsu teman shopping..



 Pilih! pilih! Amboi besar bunga kat kepala! 


Tak larat nak boh gambar butang banyak selaut!


Nak lace halus? lace besar tapak kaki gajah? Semua ada..


Lorong aiyakkk sempit gak lah. Pastu kita kan gi winter, Kat luar sejuk (hari tu -5C),. Masuk dlm kedai, panas lorrr heater full blast gamaknya. Dah jadi sakit kepala! Tapi sakit kepala kejap je lah murekeke.. sekali tengok kekainan yg gojes2..terus pulih seperti sediakala lol!


Kat sini ada banyak fabric samples. Kalu tak silap hakak, kalu kita nak beli banyak, boleh je kita call kedai yg tempat kita ambik samples tu, order apa yg kita nak then barang akan dihantar ke hotel/ tempat kita menginap pada hari yg sama (bergantung kepada masa kita order tu lah) Sapa-sapa yang nak dapatkan info lebih, boleh la kot contact students/ pemastautin tetap Malaysia yang ramai kat Seoul.

Seperti biasa, beli lagi banyak, dapat la diskaun yg bagus. Takat mcm hakak beli cukup-cukup muat beg kecik, pastu tak reti pulak nak spiking spiking korean, maka tak dapat la harga mengecut maut-maut.

Macam shopping centre lain, kat sini pun ada tempat makan minum & toilet pun ok. Sebelum lupa, hari Ahad, tempat ni tutup.

Idea ada macam-macam nak menjahit. Bila dah sampai rumah, biasalah, berminggu kain dok dalam beg. Nanti dah siap jadi apa-apa kita share la gambar yaaaa..!!

So, untuk sapa-sapa yang suka menjahit, kalau terbabas ke Seoul, boleh la gi sekali fabric shopping. Memang ternganga-nganga dan idea merembes-rembes bila tengok kain kain kain dan kain kiri kanan depan belakang macam kat sini. 



(Gambar menyelit) On the way dari Gangnam-gu ke airport, nampak building n, siap ada orang(!) lidi memanjat melepak. Cute weh!

Ya Rabbi, jadikan kami orang yang sentiasa taat dan tidak putus harap kengan rahmatMu. Amin.

Nanti jumpa lagi.



22 November 2012

Dress Kipas Jepun

Salam Khamis :-)

Lama hakak bertapa. Anyway, dalam proses tapa menapa ni, sempat jugak lah skodeng pattern kat kedai. Kena pulak ada dijemput ke satu wedding awal December nanti. Dengan penuh debaran, hakak study pattern comel ni. Mampukah..mampukah? Dalam hati nak cuba buat view D, mcm baju yg budak kecik tu pakai. Beg tu tak payah lah. Anyway, bila dah perasan kata mampu, kena lah cari kain. 

(kredit: patternreview)

Cari punya cari, jumpa la kain yang hakak sangat suka pasal material fabrik nya yg nampak 'mewah' dan warnanya ya Rabbi terang benderang yang amat! Kena pulak harga kain tak lah menyakitkan sangat jadi hakak pun beli lah 2 meter. Nama dress ni Dress Kipas Jepun pasal print kipas tu ada merata-rata kat kain ni.

Warna kain. 

Beli sekali interfacing dan segala keperluan eg: zip, benang, reben mereben (beli macam-macam warna terus) & hook and eye. 


 Yaaa..nekad habis ni. Dalam ketar-ketar jari, hakak pun mula la bukak pattern, tengok layout dan proses dari kain dibuat baju (nyanyi sikit!) pun bermula.
Tips: Ikut yg cikgu Jay ajar, pattern pieces ni kalau tak nak rosak dan tahan lama (sebab mesti lepas-lepas ni nak buat lagi baju guna pattern ni - lagi-lagi kalau baju yg nak dijahit kali pertama ni menjadi gorgeous!), lepas ni boleh lah iron kat fusible interfacing. Fusible interfacing ni memang ada glue kat satu side. Dah lekat siap, simpan guna hanger seluar yg ada clip tu.

Dah potong-potong, tangkup sana sini tiba lah masa nak berurusan dengan leher baju pulak. 

Tengok potongan kat leher baju ni. Hakak bayang mesti comel bila dah siap. Memandangkan Ai guna mesin yg hakak baru beli hari tu untuk projek dia, hakak terpaksa lah bermanja dengan si Kuntum. Mesin jahit si Kuntum hakak memang laju tak terkejar. Bila jahit ni, hakak kena tekan foot pedal pelan-pelan sangat sebab kalau tak, memang kain hakak akan merayau merata-rata. 

Ikut pattern, lengan baju dia ada 'cekik' getah ni. Walaupun instruction kata potong 5", hakak potong panjang sikit pasal tak nak lah anak hakak kebas-kebas tangan nak menyuap makanan kat wedding tu nanti dek masalah darah tak jalan!
Masa syok tak peduli kiri kanan dapat pattern ni, hakak tak perasan pun kat baju ni ada potong melengkung macam dlm gambar atas ni. Ingatkan lurus je. Bila dah sedar, mula la tak lalu makan. Inilah akibatnya baru belajar menjahit 2 bulan, perasan dah boleh jahit macam-macam! Nasib baik la hakak teringat nak talipon cikgu Jay. Dia dengan sabar terangkan kat hakak apa nak buat. Syukur lah, pelan-pelan jahit, nampaknya   bertangkup elok.

Badan atas dah siap, bahagian skirt dah buat apa patut. Sekarang hakak kena tangkupkan dua-dua ni. Nak kena selarikan atas bawah ni punya lah berdebar.

Bila dah berjaya tangkupkan, aduihhh leganya hati! Depan belakang kiri kanan semua tepat nampaknya. 

Ok. Sekarang tinggal nak tackle zip je lagi (hakak akan guna invisible zip) dan jahit basi kain kat bawah dress ni. Rumah hakak ada dua ekor kucing jadi kena lah gantung baju ni. Tu la pasal hakak pin dulu kat belakang leher tu. Kalau campak je mana-mana, kang kucing datang melebarkan perut dorang tidur atas dress baru ni. Tak leh tak leh!

Ha, nampak tak hakak bulatkan kat bawah kiri tu. Nak tunjuk baju ni kena kasi press dan steam lepas dah siap nanti. Kedut2 dari lipatan kedai masih ada. Tips: Kata cikgu Jay, kalau nak menjahit dan hasilnya nampak professional, handmade (but not homemade!) memang cantik kalau guna steam generator iron. 

Wahhh..Ni dia hasil takat ni dress takdak zip ni. Nanti tuan badan dia pakai hehe..kalau hakak rajin, hakak mintak dia posing setempek dua. Lengan baju tu nanti dah pakai akan nampak 'puffy'. Masa tu kita kasi gali mana-mana kamera DSLR yg ada. Baru lagi nampak cantik. 

Hakak tak boh benda-benda extra kat leher baju dan kaki baju macam dalam pattern envelope tu pasal kain   ni dah cukup meriah jadi pada hakak, dah cukup lah dgn reben plain kat sisi tu untuk 'tenangkan' mata yang melihat. Mungkin kalau buat lagi dress guna pattern ni lain kali, hakak akan cari kain yang lebih rileks warna dan coraknya.


Dah buat baju anak..maknya tiba-tiba rasa tak dak baju sesuai untuk diri sendiri nak gi wedding tu nanti.... 


Ya Rabbi, jadikan kami dikalangan orang yg sentiasa bersyukur dan tidak suka menghebahkan ibadah dan kebajikan kami. Sesungguhnya tiada daya kami untuk melakukan ketaatan dan kebaikan kecuali dengan izinMu.

4 November 2012

Kwik Sew Night Dress

Bonjour!

Semangat berkobar nak tulis kesah kelas menjahit dgn Cikgu Jay terbantut la pulak. Habis cerita first lesson, terus kejung ! Penat kerja, anak exam, pastu sempat demam berjemaah.

Anyway, second lesson, kami bukak pattern. Buat night dress. Straight forward.

Jap..mana patternnya?


Ni pattern yg kami guna. Cikgu bagi yg Kwik Sew 3551 & 3552. Satu saiz ibu satu saiz anak.   Kami buat baju je pasal lebih banyak teknik kat baju. Pillow case tu memang kami tak pandang pun hatta sebelah mata :-) .


Kalu tanya hakak, terus la ikut saiz L :-) tapi sebenarnya kita tetap kena ukur badan. Dari situ, baru buleh decide apa saiz kita untuk pattern ni. Hakak rupanya saiz M. Suka! suka! Bidang kain dan berapa banyak nak beli pun dibagitau siap so tak de lah terbeli kurang dari yg sepatutnya. Beli lebih tak pe :-)


Kat envelope ni  kita boleh tengok cadangan jenis kain yg kita boleh beli utk projek ni ie cotton, jersey, etc. Sebagai permulaan, hakak beli kain cotton je lah. Senang nak handle.

Jom bukak envelope tgk apa ada.

Alamak, gambar tak cantik lah tapi tak pe. Tu dia. ada 4 benda je. Pattern belah depan, belah belakang, alas tengkuk depan, dan alas tengkuk depan. Simple kan? 



Bagus pattern Kwik Sew ni pasal:
1)  dia tak guna 'tissue paper' yang adeh deh bercinta bila nak bentang. Nanti dah reti sikit ok la kot tapi untuk super beginner ni, ngeri lor! 
2) pastu, jelas sangat beza warna utk size yg berbagai tu. 

Pada hakak, instructions yg jelas mengurangkan rasa nervous di hati. 



Ha, nampak tak, ada ayat-ayat seperti CUT 1 ON FOLD,  PLACE ON FOLD, GRAIN OF FABRIC, bentuk mcm diamond kat  atas gambar ni. Ha, ni semua ilmu baru yg hakak belajar. Orang yg dah pandai dan dah biasa, tak ambik pot pun la kan. Kita orang baru, seperti biasa, akan terlebih excited.

Anyway, dum dam dum dam (sambung belajar teknik2 menjahit masa 3rd + 4th lesson), siap laaaaa night dress ni akhirnya. Ini lah hasilnya (hakak punya)..

Tadaaa!!

Tengok curve kat kaki baju. Belajar teknik camana nak kasi jadi curve elok (guna steam iron, steam slightly atas kain dulu, pastu baru tekan dgn iron.)


He he.. I made this myself! 




26 October 2012

Donut oh Donut!

Vavavaaaa! 

Hari ni cuti. Kepala ligat pikir nak buat apa maka berbloghopping la kita. Youtube sikit, baca tutorial sikit, berkhayal sikit.  

Hakak lama dah minat nak try buat skirt ni tapi ye lah kan, memandangkan belajar menjahit pun baru sebulan lebih, perasaan tak confident masih ada. Anyway, bila sekali lagi hakak gi sini, hari ni rasa mampu dah kot nak buat si donut ni. Langkah pertama, hakak cari newspaper lama. Tu je yg ada nak buat pattern. Zap zap zap kita pun start potong kain. Wah.. rupa tayar ada, rupa donut pun ada. Comel!

 Skirt ni hakak jahit utk anak bongsu. Suka sebab instructionnya senang sgt nak ikut.  



Tadaaaa!! Tengok ni! Dah siap! Hakak tak de elastic besar yg macam makcik sewmama tu. Jadi kenalah  cover dgn kain mcm buat pinggang getah biasa. Pastu bila tengok kain terburai-burai dan tak cukup lebar utk guna serger, hakak membijak dan ambik kain lebih, potong dan iron ala-ala rupa bias. Tu dia ada gambar skirt terbalik. Tayang 'isi dalam' sekali!

Jadi, inilah hasilnya!. Nak kata suka hati, memang suka terover-over. First skirt ever utk anak :-). Suka jugak pasal walaupun tak sempurna tapi dimata hakak yg menjahit sambil terketar-ketar, mutu jahitan tak lah teruk sangat (perasan!) Pasni dah selalu menjahit, harapnya akan bertambah baik.

Hasil buat skirt ni hakak belajar:

- jahit pinggang getah
- buat dan attach bias 
- kemaskan top stitching 
- jahit round hem kena fokus betul-betul 

Anyway, itu dia hasil membanting tulang 4 kerat hari ni. Nanti esok-esok kita try design lain pulak. 

Ya Rabbi, ringankanlah anggota badan kami untuk melakukan ketaatan kepadaMu dan kurniakanlah kepada kami ketaqwaan kepadaMu baik ketika dikhalayak atau berseorangan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...