5 April 2013

Mencari kain di Dongdaemun, Seoul

Wah wah wah.. lama betul menyorok ;-). Apa khabar dunia?

Hari tu, hakak gi Seoul. Bulan 12 hari tu. Pegi kejap je.


Selamat mendarat kat Incheon Airport

Alang-alang pegi, sempat la cari fabrik semeter dua kat Dongdaemun. Eh.. takkan la semeter dua dak? Anyway, seronok lah heret si bongsu naik turun subway, jalan jalan dan jalan lagi. Gamak-gamak turun berat sekilo dua. Sekilo dua je lah.. eheks.

Biasa lah, belum pegi mesti lah kita study dulu segala map, other blogs dan target dan budget apa nak cari. Kebarangkalian untuk rambang mata dan sekaligus terkopak-kopak purse memang besar jadi baik lah budget siap-siap.

Nak gi ke Dongdaemun senang je, naik subway, Line 1, 4 berenti kat Dongdaemun Station, ambik exit 8 atau 9. Dongdaemun Shopping Complex ni sebelah JW Marriott Hotel (gi hari tu hotel tak siap lagi).Tempat-tempat lain pun banyak jual kain tapi hakak kan gi kejap je, jadi tak sempat nak rewang sana sini sangat.

Bapak punya lah besar Dongdaemun Shopping Complex/ Shopping Town ni. Kedai tak lah banyak, dlm lebih kurang 5000 unit je!! Adeiii.. rambang lubang mata hakak! Pastu bertingkat-tingkat dan ada block A-D. Ingat-ingat lupa, tingkat 3 & 4 sila pening tengok kain cotton. Nak butang, lace bagai naik tingkat 5. Benang, hanbok, zip adoi sebut je apa nak yg kait mengait dengan menjahit, serba ada. Tapi kain sini standard lah, ikut season. Lagi satu, dorang tak jual ikut meter. Jual guna yard.  

Meh tengok si bongsu teman shopping..



 Pilih! pilih! Amboi besar bunga kat kepala! 


Tak larat nak boh gambar butang banyak selaut!


Nak lace halus? lace besar tapak kaki gajah? Semua ada..


Lorong aiyakkk sempit gak lah. Pastu kita kan gi winter, Kat luar sejuk (hari tu -5C),. Masuk dlm kedai, panas lorrr heater full blast gamaknya. Dah jadi sakit kepala! Tapi sakit kepala kejap je lah murekeke.. sekali tengok kekainan yg gojes2..terus pulih seperti sediakala lol!


Kat sini ada banyak fabric samples. Kalu tak silap hakak, kalu kita nak beli banyak, boleh je kita call kedai yg tempat kita ambik samples tu, order apa yg kita nak then barang akan dihantar ke hotel/ tempat kita menginap pada hari yg sama (bergantung kepada masa kita order tu lah) Sapa-sapa yang nak dapatkan info lebih, boleh la kot contact students/ pemastautin tetap Malaysia yang ramai kat Seoul.

Seperti biasa, beli lagi banyak, dapat la diskaun yg bagus. Takat mcm hakak beli cukup-cukup muat beg kecik, pastu tak reti pulak nak spiking spiking korean, maka tak dapat la harga mengecut maut-maut.

Macam shopping centre lain, kat sini pun ada tempat makan minum & toilet pun ok. Sebelum lupa, hari Ahad, tempat ni tutup.

Idea ada macam-macam nak menjahit. Bila dah sampai rumah, biasalah, berminggu kain dok dalam beg. Nanti dah siap jadi apa-apa kita share la gambar yaaaa..!!

So, untuk sapa-sapa yang suka menjahit, kalau terbabas ke Seoul, boleh la gi sekali fabric shopping. Memang ternganga-nganga dan idea merembes-rembes bila tengok kain kain kain dan kain kiri kanan depan belakang macam kat sini. 



(Gambar menyelit) On the way dari Gangnam-gu ke airport, nampak building n, siap ada orang(!) lidi memanjat melepak. Cute weh!

Ya Rabbi, jadikan kami orang yang sentiasa taat dan tidak putus harap kengan rahmatMu. Amin.

Nanti jumpa lagi.



10 comments:

  1. Anonymous4/09/2013

    bestnya kak lin pergi fabric hunting ke korea! mashaAllah! teringin benar tengok lace dia tuu!! heehee.

    ReplyDelete
  2. Hi, lace dia biasa2 je sebenarnya. Minat lace ya? Nak lace cantik2, boleh gi Nottingham kat UK, Bruges di Brussels (sekadar menamakan beberapa tempat). Kalau nak dekat, gi Pasar Siti Khadijah, KB pun boleh hehe. Sambil tu terus blh cekau keropok, tudung bawal berkodi2 & makan nasi kerabu :-)!

    ReplyDelete
  3. salam kak lin, mohon pautkan blog sy disini ye

    http://kongsihal.blogspot.com/

    blog kak lin dh pun sy pautkn disane.. tq!

    ~last week mertua sy pun kesane.. jeles! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. anytime. thanks, ya! insya' Allah lain kali your turn pulak meronda Seoul.

      Delete
  4. MAsya Alllah, Tabarokallah..bokali kalu gi lamo ppaka wat khemoh la ssitu...

    benae2 mesti banyok jugok tuu..fesyen knitting korea lawa-lawa..

    p/s: sila upload gambar hasil jahitan di korea dgn koda segegho..

    -OO-

    ReplyDelete
  5. meme lawa OO! benae ngait dari turki pun kualiti tinggi kae? Nati kito ejah gambar soon ;-)

    ReplyDelete
  6. Masyallah.. nak terbersalin tengok banyaknya kainnn n stuff!!! Sib baik tak ngandung.. tgk blog org jual snap button, tali handbag, charm bracelet pun dah berangan macam-macam... ni lagi berkoyan barang berlambak cenggini gamaknya terus blackout!! Kot rebeh bahu hakak n Che Su dok ngangkut al mak nenek bagai!!

    ReplyDelete
  7. haha Sofea! memang nak terbersalin! Nasib dah pencen ngandung2 nih. Rasa nak cekau semua..

    ReplyDelete
  8. waa seronoknya akak g korea :) syokk ye shopping fabric kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok SLN sampai pening2 kepala hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...