19 April 2013

Presser Foot Adaptor/ Tapak Mesin Jahit


Good day!

Sejak mula menjahit beberapa bulan dulu, lepas hakak beli mesin baru (belum bagi nama lagi nampaknya ni..) yang datang dengan beberapa aksesori dan tapak extra, hakak pelan-pelan belajar guna tapak-tapak ni satu persatu. Kebanyakannya memang berguna untuk memudahkan kerja menjahit. Suka suka!

Rasanya ramai orang yg ada mesin jahit (abaikan habuk2 halus mulus tu) yang ada presser foot jenis SNAP ON macam gambar kat bawah ni.



Senang guna pasal bila nak tukar tapak, tekan je benda hitam kat belakang tu.

                   
Dah tekan, bedebush 'jatuh' la tapaknya. 

Kalau sapa yang pernah baca kisah mesin jahit lama hakak, si Kuntum, tapaknya pulak jenis SCREW on. 

                   


Presser foot yang jenis kena skru macam ni ada jenis-jenisnya pulak bergantung kepada kedudukan lubang pada 'pemegangnya'. Ada yg  kaki tinggi (high shank), ada jenis kaki rendah/katik  (low shank) dan ada yang menyerong (slanted shank). Kuntum punya jenis low shank. 

Sebelum-sebelum ni bila Ai menjahit guna Kuntum dan dia nak guna tapak lain, nak tak nak dia kena la pindah kerusi dan guna mesin jahit hakak (ok ok..kita kasi nama lah macam ni.. PUYU!!). Kadang hakak tengah syok menjahit, terbantut kejap kerja pasal nak kasi laluan kat dia. Bila nak mula menjahit balik, mood dah hilang..adesss..

Ok..nampak tak rupa dua tapak ni? Satu yang sangkut kat Puyu. Satu lagi skru kat Kuntum. 

Bila dah rasa leceh-leceh asyik tukar-tukar mesin jahit, Seperti biasa, mula la google satu dunia nak tau apa solution kalau ada mesin jahit yg berbeza jenis presser foot ni. Semestinya, tak payah tunggu lama, jumpa apa yang dicari, terus order (oh ebay..I love you!) dan kerja hakak seterusnya ialah tunggu je ketibaan parcel berisi barang ajaib ni. 



Can you see what I see? eheks.. Ni lah dia bendanya..adaptor untuk presser foot si Kuntum. Jap nak tunjuk apa beza kalau jenis yg high shank.. Tengok kedudukan lubang tempat akan diskru nanti.

(credit: google tapi tak ingat dr website mana. Malas nak cari balik hehe)


Maka ini lah dia bendanya. Nampak tak kat gambar atas ni, belah kiri, ada macam penyangkut gitu. Ha situ lah kita akan sangkut atau kasi snap on snap off segala tapak-tapak milik si Puyu kat Kuntum nanti. 

Alang-alang dah tunjuk rupa adaptor ni, jom je lah tengok macammana nak pasang benda ni ke mesin jahit. Tak de complicated apa pun. 
Kasi cabut la dulu presser foot yang asal pada Kuntum. Kena jaga skru kecik tu elok-elok kang tergolek, azab le nak cari kat lantai. 

 Pastu pasang la adaptor ni ketat-ketat. Pilih salah satu tapak yang nak diguna, letak je kat bawah, kira-kira selari la tempat nak sangkut.  

Turunkan presser foot lever kat belakang, bila bunyi 'klik' je, dah confirm tapak pun selamat disangkut..

Bila nak menjahit, angkat je lah ke atas balik presser foot lever, boh kain kat bawah tapak, turunkan balik dan mula lah menjahit mcm biasa. Senangkan?

Bila nak tukar tapak lain, senang je. Tekan je kat tempat mcm hakak pura-pura tekan kat dalam gambar kat bawah ni dan akan terjatuh lah tapak tu. Kalau takut tapak terpelanting ke hapa, turunkan jugak presser foot lever pastu dulu baru tekan 'tuil' kat belakang tu. Kira nanti tapak akan landing dengan baik punya kat feed dog mesin kita. 

Okay..tu je lah. Harap bermanfaat.

Nota kepala lutut: 

1) Harga adaptor ni tak mahal mana pun. Kalau ada terasa mcm mahal , manfaat dia buat kita akan rasa berbaloi beli benda seketul ni. Kalu nak lagi meriah, beli je set penuh siap dgn tapak-tapak lain. 

2) Kalau ada yang berminat nak beli adaptor macam ni, sebelum giat mengorder, kena lah check dulu betul-betul apa jenisnya. High shank kah, low shank kah, slanted shank kah.. karang penat je tunggu barang sampai tengok-tengok silap barang beb..

Ya Allah, jadikanlah kami anak yang soleh kepada ibu bapa kami, pasangan  yang soleh kepada jodoh kami dan umat Muhammad yang sentiasa berselawat untuk baginda, sallallahu 'alayhi wasallam. 




8 comments:

  1. mesin sy pun tapak main buka screw...mesin singer model lama tu. ada tapak2 yang diberi dgn mesin tu tp sy langsung tak guna. tapak yg slalu guna tapak zip sembunyi tp tu kena beli sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hema, saya pun dpt 3 je kot tapak free. Lain-lain kena shopping sendiri tapi ok lah harga pun tak lah mahal sgt. Pilih nak yg ori atau yg tak ori je. Yg penting boleh guna dan tak rosakkan mesin.

      Delete
  2. assalam cik lin, makteh ada mesin ringo, beli ngan dealer epal, adakah ini mesin janome?adaptor ni dah sedia ada masa beli.yg x faham ialah, high n low shank tu.sekarang ni tgh cari walking foot open toe yg murah2.x jumpa lagi, boleh tak bagitau mana nak cari.terima kasih cik lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Teh, Ringo tu Janome punya kan? Kalau Mak Teh nak lebih clear lagi beza high shank low shank bagai tu, cer tengok sini
      http://www.sewinginsight.com/presser-feet-guide/

      Mak Teh rajin shopping ebay tak? Saya main beli je tapak2 lain yg tak ori pun tapi so far ok semua. Saya tengok harga open toe walking foot boleh tahan jugak tapi ada satu yg murah drp yg lain. Cer click sini http://tinyurl.com/brwlyc7

      Harap2 pencarian membuahkan hasil:-)

      Delete
  3. Thank you for the information. I did not know I could get a snap-on adapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi TMS, thank you. For a minute, I thought you understood Malay language lol! I am glad my photos 'spoke' to you. Do come again.

      Delete
  4. Hahak, KUNTUM tu nama kucin saya.. and why PUYU.. itu specis ikan tau! Saya tak perasan la pulak machine sy low atau high shank.. rasanya high kot.. sbb bila dlm keadaan terangkat, ada gak space kat bawah tu.. KOT.

    tapi setakat ni ok dgn provided snap clip and not adventurous enuf to explore tapak baru.. hehehe... yang sdia ada lom habis pakai.. tapak zip baru lulus.. tgh nk cuba tapak free motion tapi tak cukup bahan bantut jap... :-)

    ReplyDelete
  5. Hello Sofea,

    amboi nama kucing Kuntum, mesti dia kucing betina kaaaan?

    nak tau dia jenis apa, tgk sini
    http://www.sewinginsight.com/presser-feet-guide/ . Bukan pasal ada space bila terangkat tuu hehe.

    Wah wah..dah terer tang zip. invisible zipper skali? Hakak tang zip masih sadis.. ok tapi tak berapa kemas. So, kena prektis bersungguh lagi lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...