Hola!
Tengok-tengok April dah dekat nak habis. Subhanallah!
Hari ni saja nak cerita pasal tapak mesin jahit yang paling hakak suka. Kiranya dalam banyak-banyak tapak yang tak banyak mana ni, yang ni kira berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan tapak standard tu. Nama orang putihnya Edge Joining Foot.
Masa belajar menjahit dengan Cikgu Jay hari tu, bila buat night dress ni, bila tiba masa nak jahit leher baju, dia dengan bangganya mengeluarkan tapak ni dan suruh hakak cuba guna. Terasa betapa ajaibnya pasal sedap je 'sandarkan' kain kat tengah tu dan terus je jahit. Masa tu lah dia bagitau yang punya lama dia belajar menjahit, dia sendiri baru tahu pasal tapak ni beberapa tahun lepas dan tak segan silu menggunakannya setiap masa. Dalam banyak-banyak projek menjahit, sebenarnya kalau guna tapak standard tu ok je, kerja tetap cantik (kalau tak terketar2 mcm tangan hakak ni) tapi kalau guna tapak ni kerja jadi lagi mudah la pasal kita menjahit pun macam ada 'guide' gitu.
Ini lah rupa edge joining foot. Hakak beli ni kat ebay je lepas balik dari kelas Cikgu Jay (tak de tunggu-tunggu dah! Semangat kaaaan!)
Kegunaan edge joining foot ni banyak sebenarnya. Mungkin ada lagi yang belum sampai ke pengetahuan hakak. Takat yang dah sampai ni kira dah cukup tip top dah pada pendapat hakak (yang baru belajar nehh!)
Contoh kegunaan edge joining foot, antaranya macam gambar bawah ni. Apa-apa hal, jangan lupa ejas kedudukan jarum. Test dulu pelan2 mana jarum tu akan tikam kain tu. Dah puas hati baru lah start jahit betul-betul. Sebenarnya dua-dua belah boleh guna iaitu samada nak jahit 'sandar' kain belah kanan atau kiri. Yang penting, kedudukan jarum mesti diejas betul-betul dulu.
Tengok gambar jahitan bawah tu. Kemas kan? Walau baru menjahit sebulan pun, kalau ada edge joining foot ni, nampak macam dah biasa menjahit je kerja kita.
Ni hakak pura-pura jahit kaki baju. Dah siap, memang elok depan belakang. Kalau guna tapak standard pun, pasti ok cuma kebarangkalian nak terbabas bila terhilang fokus memang ada hehe.
Contoh satu lagi, macam hasil kerja terbaru hakak ni. Ada buat dress untuk anak bongsu. Nak pulak dia boh tali pinggang/ sash. Biasa lah anak pompuan. Cari-cari dalam internet, jumpa satu website ni (http://skyturtle.net/how-to-make-your-own-fabric-sash/ ) ajar nak buat benda ni. Senang je rupanya. Tum peletum...maka siaplah. Syukur ada edge joining foot ni (puji lagi sekali!!), kerja cepat siap dan dengan perasannya, rasa puas hati tengok kerja menjadi elok.
Merah you!
Panjang jugak la nak menghabiskan tapi tak rasa pun nak terkeluar bijik mata masa menjahitnya.
Boleh la kan? Kemas.
Nanti-nanti kalau hakak sempat, boleh boh lagi contoh kegunaan lain edge joining foot ni seperti bila nak buat top stitching, nak jahit bias kasi nampak handsome, sebagai guide bila nak jahit zig zag (tak guna serger) dan apa-apa saja lagi yang hakak sendiri pernah try dan menjadi elok.
So, sapa-sapa yang rasa ada dapat tapak ni masa beli mesin jahit dan belum pernah cuba, sila dipersila keluarkan tapak yang best ni dari simpanan dan cuba guna. Dijamin once tahu apa manfaatnya, korang mesti akan guna tapak ni selalu. Kalau belum ada, boleh lah beli. Tak rugi. Kalau nak teruskan guna je tapak standard, no problem pun. Tak yah bazir duit dak?
Take care.
Ya Tuhan kami, jangan lah Engkau jadikan pekerjaan dalam kehidupan harian kami sia-sia belaka. Sesungguhnya dunia ini nilainya sekadar seberat sayap serangga sahaja. Setiap langkah dalam urusan kami, semoga ia membawa kepada pahala..dan dijauhkan ia daripada menjadi penambah beratnya timbangan dosa. Amin.
